Kenali 5 Jenis Kacang & Khasiatnya Selain kacang tanah, ada beberapa jenis kacang lagi yang dikatakan baik untuk kesihatan tubuh. Antaranya adalah almond, walnut, pecan, macadamia, pistachio, pine nut, kacang soya dan kacang Brazil, yang rata-rata mengandungi lemak serta kaya kalsium dan zat besi. Selain itu, kekacang ini juga bagus untuk mencegah sembelit, membersihkan dan menguatkan gigi serta gusi. Almond Kacang almond memang popular. Bagi penggemar coklat kamu pasti akan menemui potongan almond sebagai penambah kelazatan di dalamya. Namun, tahukah kamu terdapat 2 jenis Almond yang sangat popular, iaitu almond manis dan almond pahit. Almond manis lazimnya digunakan dalam memasak dan memanggang, manakala almond pahit pula digunakan untuk menghasilkan ekstrak almond. Biasanya almond dikenali sebagai makanan untuk otak dan tulang. Lebih dari 65% lemak pada almond merupakan lemak tak jenuh tunggal, yang dapat menurunkan kadar “kolesterol jahat” (low density lipoprotein)...