IMPAK VITAMIN C KEPADA TUBUH


ADAKAH PENGAMBILAN VIT C PERLU DILAKUKAN SETIAP HARI ?
Ya, kita perlu mengambil Vit C setiap hari kerana tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan Vit C sendiri. Oleh itu kita perlu mengambil Vit C dari sumber makanan. Ada orang yang sanggup mengambil suntikan Vit C semata- mata ingin ia kesan kolagen yang cepat. Bagaimanapun ia biasanya akan mengakibatkan symptom fobia jarum kerana biasanya mereka mengambil suntikan seminggu sekali.


ADAKAH KESAN PENGAMBILAN VITAMIN YANG BERLEBIHAN ?
Sebenarnya tiada kesan sampingan jika pengambilan vitamin C yang berlebihan kerana tubuh badan cuma menyerap kandungan yang diperlukan sahaja. Yang selebihnya dibuang melalui kencing.



BENARKAH VITAMIN C MAMPU MERAWAT MASALAH SENDI DAN RAWAN?
Vit C juga merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu menghalang otot dari lembik. Selain itu, Vit C mampu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi. Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Juga menyikatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema.

APAKAH AKIBATNYA JIKA KEKURANGAN VIT C ?
Kekurangan Vit C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Selain itu mudah dijangkiti selsema, deman  dan batuk. Masalah penghadaman juga sukar mengawal stress.

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish