Fungsi Dan Kelebihan Zinc Complex Untuk Anda.

Rindunya pada zinc complex. Biarpun dah hampir 3 tahun tiada zinc di pasaran, tapi peminat zinc tak dapat lupakan zinc kan?

Jom kita lihat manfaat utama zinc dulu.

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim - zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protin seterusnya merangsang pembentukan sel. Dengan mengaktifkan 200 jenis enzim tadi akan dapat memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk kolagen - ramai yang sangat suka ni. Zinc membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabetes - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan membaiki masalah diabetes.

4. Bintik Putih Dikuku - Bintik putih adalah tanda kekurangan zinc. Ia menyebabkan lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, bengkak prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5. Mempercepatkan pemulihan luka - mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, luka selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.

6. Memperbaiki masalah Prostat - melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh prostat yang bengkak. Selain itu juga, masalah kerap kencing.

7. Kemampuan seks lelaki - pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki dan tahap kesuburan yang tinggi.

8. Ovulasi Wanita - Wanita memerlukan zinc untuk Ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus untuk mengembalikan ketahanannya.

9. Memperbaiki Radang Kulit - Kajian menunjukkan pengambilan zinc akan memperbaiki masalah seperti jerawat.

10. Mengekalkan Deria Bau - untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.

Zinc Adalah Khazanah Lelaki.

Zinc di dalam prostat adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkam peranan penting dalam organ seks lelaki. Jika tidak, ia akan mengakibatkan kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang tak seimbang, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra matang dan gugur rambut. Oleh itu, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish