Hari ke dua (19.03.2017) Sambungan dari siri pertama, acara mencari harta karun. Sememangnya sangat mencabar minda dan juga tenaga apabila setelah penat menjalankan aktiviti di padang, kami menjalankan acara terakhir sebelum berhenti rehat iaitu mencari harta karun, ia tidak semudah yang disangka kerana ada sepuluh soalan dan aktiviti yang perlu dilakukan yang menguji fizikal dan mental. Ini termasuklah soalan teka teki, memukul bola dengan dahan kayu sehingga masuk ke dalam baldi, membina puzzle kayu menjadi segiempat sama dan juga mencari beberapa bahan lain seperti yang diminta oleh urus setia. Setelah dapat menjawab semuanya, kami berhenti rehat dan makan tengahari. Ternyata menu ayam goreng dan masak lemak udang cukup menyelerakan masing-masing yang kelaparan ni. Selepas pulang ke bilik sebentar untuk berehat dan solat, acara diteruskan dengan acara air. Melihat cuaca yang mendung, urus setia menjalankan aktiviti kayak menggunakan pelampung yang dibina dari tayar get...