Siri 2 - Berpantang Sepenuhnya Menggunakan Set Berpantang Shaklee

Ada yang cari set pantang Shaklee? Belum pernah cuba?



Pengalaman anak ke 4 ini sedikit berbeza. Ini kerana saya melalui pembedahan 'terancang' untuk kali yang ke 3. Sirap merah @ Vivix semestinya menjadi pilihan utama.

Catatan pengalaman saya sebelum ni, setelah selamat bersalinkan Muhammad Qausar di pagi hari raya Korban. Pada mulanya saya dijangka akan menjalani pembedahan pada 4.9.2017 tetapi baby nak keluar awal. Pagi raya yang hening, air ketuban pecah. Akhirnya terpaksa juga melalui pembedahan secara emergency.

Sebenarnya sewaktu mendapatkan rawatan ketika hamil, saya sering bertanya dengan doktor mengenai risiko dan masalah yang mungkin dihadapi ketika bersalin dan selepas bersalin. Siapa yang tak risaukan? Dan paling penting juga, saya telah mengingatkan suami tentang semua vitamin yang telah saya asingkan untuk dibawa ke hospital.

Selepas selamat bersalin dan dibawa ke dalam wad, saya masih sedar. Malah masih dapat berbual dengan Nurse ketika di bilik bedah dan di ruang menunggu. Saya merupakan pesakit ke dua yang menjalani pembedahan pada pagi raya itu.

Mujur suami sentiasa ada untuk membantu. Selepas 6 jam terbaring, nurse minta bangun perlahan-lahan untuk ke bilik air kerana tiub kencing sudah dicabut. Ini paling cepat sebab selalunya dalam masa 48 jam baru dicabut. Tapi saya memang kepenatan dan pening. Bila bangun saja, muntah dan kepala sangat pening.

Saya cuba beberapa kali sebab kena kuat untuk jaga baby malam nanti. Nurse minta minum kopi atau teh o panas untuk hilangkan pening. Tapi belakang nurse, saya cepat-cepat telan ginger peppermint dan alfalfa. Memang cepat kesannya. Malam tu saya boleh tidur lena dan baby tak meragam selepas menyusu.

Esoknya selepas makan pagi, mula stok vitamin saya keluar. Vitamin C, Vitamin B Com, Vitalea, Alfalfa, Herblax, ginger peppermint dan garlic saya ambik secara megadose. Nak tau megados saya? Pm tepi yerk.

Tapi Alhamdulillah, kesihatan memang ketara lebih baik. Nak tau Sambungan seterusnya? Nantikan entry saya seterusnya.



Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish