Cara Atasi Selsema Dan Batuk Anak Secara Semulajadi

Nak atasi selsema dan batuk anak secara semulajadi? Azie dah bertemu jawapan kepada masalah ini.

Sebagai ibu, memang kita merasa gusar melihat anak selsema dengan hingus meleleh. Kalau batuk pula terbongkok-bongkok menahan gatal tekak. Selalunya simptom ini memberikan petanda anak akan demam.

Jadi sebelum terjadinya demam tu, kita mula mencuba pelbagai kaedah untuk mengelakkan anak kita dari demam. Terlebih dahulu Azie memberitahu yang kaedah ini hanya sebagai alternatif dan bukan sebagai pengganti ubat.

Mungkin anda biasa dengar, baby kecik selalunya ada doktor yang taknak berikan ubat batuk dan selsema kerana kandungan yang tak bersesuain dengan bayi. Jadi Azie mula menggunakan Omega Guard sebagai alternatif.

Dah berapa lama Azie guna ? Azie merupakan pengguna omega ni sejak tahun 2013 lagi sehingga sekarang. Jom Azie cerita pengalaman dengan sebelum bertemu Omega Guard Shaklee ni.

1. Masa Aqil umur 5 bulan, pernah diserang batuk dan selsema yang sangat teruk. Kesian sangat bila terpaksa dapatkan nebulizer beberapa hari di klinik pakar. Azie sendiri trauma tengok anak.

2. Aqil ada ekzema yang agak teruk, tidak boleh terdedah dengan panas terik dan cuaca sejuk melampau. Akibatnya kulit jadi merah seperti udang kena bakar.

3. Azie banyak membaca mengenai masalah selsema dan batuk anak-anak ini boleh diatasi dari melarat lebih teruk dengan Omega Guard Shaklee. Jadi Azie mula memberikan anak-anak Omega Guard.

Selepas 5 tahun menjadikan Omega Guard sebagai vitamin keluarga, Alhamdulillah. Kesihatan anak-anak semakin baik.

1.Aqil tidak pernah mendapatkan rawatan nebulizer lagi selepas menggunakan Omega Guard ini. Kulit yang ada ekzema juga semakin baik dan tidak ada masalah seperti sebelum ini.

2. Naurah yang berumur 4 tahun sangat gemarkan Omega Guard. Bukan saja pipinya kemerahan malah sangat bijak. Ingatannya seperti kanak-kanak yang sudah bersekolah, petah bercakap. Naurah belum bersekolah tapi sudah mula fokus membaca Iqra.

3. Kesinambungan Omega diteruskan kepada Qausar Adha pula. Biarpun baru berusia setahun lebih, Azie mula memberikan Qausar Omega Guard untuk perkembangan kesihatan dan pemikirannya.

Untuk anda yang ada anak kecil dan nak jaga kesihatan mereka. Omega Guard jawapannya.



Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish