Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan Dan Mudah
Mencari bisnes dari rumah yang menguntungkan? Saya sedang melakukannya di rumah. Sebagai wanita dan seorang ibu seperti saya, ramai yang tersepit untuk bekerja ataupun menjaga anak sendiri. Semua ibu sayangkan anak, ramai yang terpaksa keluar bekerja kerana terikat dengan komitmen hutang seperti yurang pengajian ketika belajar, hutang rumah , kereta mahupun pinjaman peribadi. Sememangnya wang ringgit sangat penting kan? Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi segalanya perlukan wang ringgit. Untuk ibu seperti saya pasti lebih memikirkan keperluan anak-anak dan kehendak mereka. Mana mungkin masa kini kita hanya memerap anak-anak di rumah dengan alasan, ibu tak kerja, nanti keluar dari rumah saja terpaksa keluar belanja. Pengalaman saya sendiri berhenti kerja ketika anak sulung menjejakkan kaki ke darjah 1. Ini kerana saya merasakan agak sukar untuk menguruskan persekolahan anak sulung, menguruskan anak no.2 ke tadika dan tinggal seorang saja bersama saya di rumah ketika...