7 Tips Elakkan Kencing Tak Lawas Kepada Wanita.
Sebelum itu, jom lihat video ini sampai habis. Anda mencari tips dan cara elakkan kencing kotor ? Baca ini dulu. 1. Sentiasa keringkan dan bersihkan bahagian intim. Tukar tuala wanita dengan kerap ketika datang haid. 2. Hindari penggunaan sebarang sabun atau pembersih peribadi. Hanya gunakan air suam yang bersih untuk mencuci bahagian luar faraj. Boleh gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH 3.8 - 4.2 . 3. Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas membuang air kecil. 4. Banyak minum air putih/ air suam supaya kuman dapat dkeluarkan dari sistem saluran kencing. Minum air putih sekurangnya 8 gelas sehari. 5. Kosongkan pundi kencing setiap 2 jam hingga 3 jam. Jangan amalkan aktiviti menahan kencing. 6. Amalkan membuang air kencing sebelum dan selepas melakukan aktiviti kelamin. Terutamanya mereka yang baru berkahwin. 7. Pakai seluar dalam dari lain kapas. Elakkan memakai seluar denim yang ketat. ...