Cara Buka Cawangan Perniagaan Tanpa Modal Yang Besar
Bayangkan anda ada perniagaan yang mempunyai cawangan perniagaan di merata tempat tanpa anda perlu mengeluarkan modal sendiri? Mari kita lihat 2 situasi ini. Kredit to https://blog.advaoptical.com/en/connecting-data-centers-over-distance-how-speed-your-data 1) Puan Nor nak menjalankan perniagaan butik tudung di Kuantan kerana sangat meminati tudung. Untuk permulaan awal perniagaan, Puan Nor perlu mencari tapak kedai. Setelah itu, kedai perlu di ubahsuai terlebih dahulu dan menelan kos lebih kurang rm10,000. Setelah kedai siap, beliau mula mencari pekerja yang jujur dan rajin. Ini belum lagi termasuk stok yang dibeli dan ada juga yang melibatkan consignment dengan pembekal lain. Bayangkan juga begitu banyak kerja dan paperwork perlu disiapkan. Kos sebenar untuk buka kedai pakaian mencecah puluhan ribu ringgit. 3 bulan pertama perniagaan selalunya pekedai tidak mendapat untung. Jadi modal lebih besar diperlukan. Bagaimana jika beliau ingin membuk...