IMPAK VITAMIN C KEPADA TUBUH
ADAKAH PENGAMBILAN VIT C PERLU
DILAKUKAN SETIAP HARI ?
Ya, kita perlu
mengambil Vit C setiap hari kerana tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan
Vit C sendiri. Oleh itu kita perlu mengambil Vit C dari sumber makanan. Ada
orang yang sanggup mengambil suntikan Vit C semata- mata ingin ia kesan kolagen
yang cepat. Bagaimanapun ia biasanya akan mengakibatkan symptom fobia jarum
kerana biasanya mereka mengambil suntikan seminggu sekali.
ADAKAH KESAN PENGAMBILAN VITAMIN YANG
BERLEBIHAN ?
Sebenarnya tiada kesan
sampingan jika pengambilan vitamin C yang berlebihan kerana tubuh badan cuma
menyerap kandungan yang diperlukan sahaja. Yang selebihnya dibuang melalui
kencing.
BENARKAH VITAMIN C MAMPU MERAWAT
MASALAH SENDI DAN RAWAN?
Vit C juga merangsang
pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan
tulang rawan. Oleh itu ia mampu menghalang otot dari lembik. Selain itu, Vit C
mampu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi. Membantu
sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Juga menyikatkan waktu pemulihan
dan mengurangkan symptom flu dan selsema.
APAKAH AKIBATNYA JIKA KEKURANGAN VIT
C ?
Kekurangan Vit C
adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang
lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Selain itu mudah dijangkiti
selsema, deman dan batuk. Masalah
penghadaman juga sukar mengawal stress.
Comments
Post a Comment