7 Tips Jimat Belanja Sebelum Raya
Hari raya adalah masa yang ditunggu- tunggu oleh Umat Islam seluruh dunia. Setelah berpuasa sebulan, tibala masa untuk meraikannya. Namun begitu, sudah pasti anda ingin membuat persiapan raya dengan membeli belah dan kelengkapan juga. Azie mencadangkan 7 check list yang perlu dilakukan sebelum membeli belah. 1) Senaraikan barang- barang yang perlu dibeli. Apabila membuat senarai, buat bajet untuk setiap kelengkapan ahli keluarga. Setelah senarai dibuat, sekurang- kurangnya dapat mengelakkan nafsu membeli lebih dari keperluan. Selain itu, perbelanjaan yang dikeluarkan juga dapat diagak. 2) Sila tinggalkan kad kredit apabila pergi membeli belah. Cuma bawak duit tunai ataupun kad debit sahaja. Ini kerana apabila menggunakan kad kredit hanya akan menambahkan hutang sahaja. Apabila lambat dibayar, bunganya akan bertambah. Dengan menggunakan kad debit dan duit tunai, kemungkinan perbelanjaan lebih dapat dikurangkan. 3) Jika anda perlu menggunakan kad kredit,