7 Tips Jimat Belanja Sebelum Raya
Hari raya adalah masa yang ditunggu- tunggu oleh Umat Islam seluruh dunia. Setelah berpuasa sebulan, tibala masa untuk meraikannya. Namun begitu, sudah pasti anda ingin membuat persiapan raya dengan membeli belah dan kelengkapan juga. Azie mencadangkan 7 check list yang perlu dilakukan sebelum membeli belah.
1) Senaraikan barang- barang yang perlu dibeli. Apabila membuat senarai, buat bajet untuk setiap kelengkapan ahli keluarga. Setelah senarai dibuat, sekurang- kurangnya dapat mengelakkan nafsu membeli lebih dari keperluan. Selain itu, perbelanjaan yang dikeluarkan juga dapat diagak.
2) Sila tinggalkan kad kredit apabila pergi membeli belah. Cuma bawak duit tunai ataupun kad debit sahaja. Ini kerana apabila menggunakan kad kredit hanya akan menambahkan hutang sahaja. Apabila lambat dibayar, bunganya akan bertambah. Dengan menggunakan kad debit dan duit tunai, kemungkinan perbelanjaan lebih dapat dikurangkan.
3) Jika anda perlu menggunakan kad kredit, lihat dahulu kadar yang digunakan ketika jualan murah. Jangan lupa lihat sebarang terma dan syarat yang dikenakan. Kebiasaannya juga mungkin ada promosi yang berbaloi dan ada juga yang memerangkap anda.
4) Sila beli barang seawal mungkin. Elakkan membeli pada waktu akhir atau dekat dengan raya. Kebiasaannya banyak pakaian yang diidamkan mungkin tidak mempunyai saiz pada saat-saat akhir. Cuba juga membeli belah ketika waktu orang tidak ramai seperti waktu pagi. Dengan cara ini juga lebih mudah memilih barang yang diinginkan.
5) Sila lakukan sedikit penyelidikan terlebih dahulu. Jika sudah ada senarai barang yang hendak dibeli, cari beberapa kedai untuk dibuat perbandingan. Selain dari itu, boleh juga membuat perbandingan di dalam online juga. Lihat diskaun dan tawaran promosi di kedai fizikal mahupun kedai online. Tetapi jika ingin membuat pembelian secara online , pastikan caj pos yang akan disertakan. Itu menentukan harga sebenar.
6) Jika membeli barang basah untuk kegunaan raya dan sewaktu kedai ditutup beberapa hari, jangan beli terlalu banyak sehingga mengakibatkan barang rosak. Itu pastinya akan mengakibatkan pembaziran juga. Kebiasaannya juga kedai runcit tidak tutup lama, jadi lebih mudah membeli barang basah segar di kedai. Oleh itu jangan terlebih membeli makanan terutamanya bahan- bahan mentah.
7) Satu cara berjimat adalah memasak sendiri sewaktu berbuka dan bersahur. Selain itu, anda boleh juga memasak sendiri kek dan biskut. Jika tidak tau memasak, banyak cara boleh membantu. Tiru resepi di buku atau layari laman web untuk mencari resepi yang anda suka. itu lebih jauh menjimatkan dari anda membeli dari luar. kebersihan juga terjamin.
Sememangnya semua orang ingin bergembira di hari raya tetapi pada masa yang sama juga berhabisan untuk perayaan ini. tetapi jangan kita lupa dengan tujuan hari raya ini untuk meraikan kemenangan umat Islam setelah sebualn berpuasa. Bukannya hari untuk membazir. Jadi ukurla di baju sendiri perbelanjaan yang anda mampu supaya tidak mengalami kesulitan wang kemudian.
SELAMAT HARI RAYA DARI AZIE SEKELUARGA!
Comments
Post a Comment