Kak Azie Ajar Rahsia Cara Cepat Membanyakkan Susu Ibu Bekerjaya
RAHSIA CARA CEPAT MEMBANYAKKAN SUSU IBU BEKERJAYA
kredit susuibu.com |
Ilmu penyusuan lengkap perlu dicari untuk menjayakan penyusuan eksklusif selama sekurang-kuranngnya 6 bulan sehingga 2 tahun. Jika ibu-ibu tidak bekerja mungkin kurang mengalami masalah tetapi untuk ibu bekerjaya, susu akan merundum dengan lebih cepat. Apa yang perlu dilakukan? Beberapa tips di sini boleh dijadikan panduan.
Persediaan Ketika Mengandung
1) Ambil makanan yang tinggi kalsium contohnya seperti susu,
bayam, makanan yang mengandungi vitamin dan mineral. Yang paling baik boleh Kak
azie cadangkan ialah sayur-sayuran hijau dan susu full cream. Bukan susu rendah
lemak yer. Waktu mengandung jangan fikir anda nak diet atau nak badan nampak
kecil. Tetapi bukan juga boleh mengambil makanan seperti lemak tepu kerana
lemak tepu juga akan menyaluti organ dalaman anda. Cuma ambil lemak baik.
Ingat!!!
kredit rukun-islam.com |
2) Menghadiri kelas penyusuan di klinik kesihatan
berdekatan. Ini juga sangat penting kerana ia merupakan ilmu awal pendedahan
kepada dunia ibu mengandung. Kebiasaannya mereka akan menunjukkan cara
penyimpanan susu yang sudah dipam. Cara pemberian susu yang dipam kepada bayi.
Di sini bahagian yang sangat penting kerana jika ada kesilapan bayi boleh
menjadi cirit birit. Tentu akan memberi masalah kepada bayi. Ibu juga akan
mengajar pengasuh menguruskan susu ibu ini kerana penjagaannya agak rumit.
3) Ibu hamil juga perlu membanyakkan ilmu penyusuan dengan
membuat carian di internet, bertanyakan orang lebih berpengalaman, dan juga
boleh mendapatkannya dengan pelbagai buku di pasaran sekarang. Macam Kak Azie
sendiri banyak bertanya kepada kawan-kawan seperjabat cara mereka menguruskan
susu ibu. Ini dapat membantu kita melalui pengalaman orang yang sudah berjaya menguruskan penyusuan bayi ini.
4) Kelengkapan untuk mendapatkan susu ibu seperti beg
menyimpan susu, pum yang sesuai, pakaian ibu mesra menyusu dan juga segala
keperluan yang memudahkan anda. Waktu
ini sememangnya sudah bersedia untuk mendapatkan pum susu yang sesuai mengikut
bajet anda. Gunakan pun susu yang boleh pum secara serentak lebih mudah
sebenarnya. Selain susu lebih cepat keluar dan lebih cepat terhasil semula, masa
juga jimatkan.
5) Dapatkan supplement untuk membantu. Jangan pandang rendah
kepada supplement seperti Kak Azie dulu. Sebab supplement bukan sahaja
memberikan hasil susu yang lebih berkualiti malah menjaga kesihatan kita
menjadi lebih baik. Apabila menyusu dan menjaga anak, banyak tenaga yang
digunakan. Oleh itu, dengan bantuan supplement sangat membantu. Jika kita penat, penyusuan bayi akan terasa membebankan dan membuatkan badan terasa penat dan stress.
Persediaan Selepas Bersalin
1) Sebaik sahaja sudah melahirkan, kebiasaannya ibu akan terus memberikan susu sebaik sahaja melahirkan. Ramai juga yang tidak dapat memberikan susu badan peringkat awal. Bagaimana jika kurang susu badan? Sebenarnya sejak mengandung lagi , ketika kandungan sudah tujuh bulan lagi ibu boleh mengurut payudara dengan tangan. Kebiasaannya Kak Azie buat ketika mandi. Setiap kali hendak mandi, Kak Azie akan urut payudara mengikut cara urutan memerah susu. Keluarkan susu awal dari puting. JANGAN RISAU! Susu tidak akan habis sebab biarpun diperah berulang-ulang kali sehari. Tujuan memerah susu tersebut supaya puting payudara lembut dan mudah dihisap oleh bayi baru lahir. Susu yang keluar apabila diperah akan cepat diganti oleh kilang susu.
2) Itu merupakan sebab kenapa sebahagian besar ibu muda masa
kini tidak mampu memberikan susu awal tersebut. Mengikut pengalaman Kak Azie,
sememangnya jika anda mengikut cara tersebut semestinya penyusuan awal akan berjaya.
Tetapi pastinya adik-adik Kak Azie kena tekun dan sabar. Pengalaman Kak Azie
melahirkan anak sulung secara pembedahan tetapi bayi terus dapat disusukan di
dalam bilik pembedahan juga sangat mengujakan. Jururawat terkejut juga kerana
penyusuan bayi Kak Azie mudah. Seperti bukan anak pertama. Alhamdulillah,
penyusuan anak-anak berjaya. Bermakna jika kaedah penyusuan ini dilakukan seawal sebelum bersalin, ibu-ibu muda tidak mengalami masalah apabila di awal penyusuan.
3) Pengambilan supplement perlu selepas melahirkan anak
kerana selain memberikan tenaga, susu yang dibekalkan kepada bayi lebih
berkhasiat. Bagaimana dengan pengambilan jamu-jamu? Terpulang kepada si Ibu
jika ingin mengambil jamu ketika pantang. Pada Kak Azie pula, pengambilan
supplement juga panas sedikit dan memberikan kehangatan kepada tubuh kita
seperti jamu. Supplement yang kak Azie ambil ini, bukan supplement lain yer. Yang
lebih penting sekali pastinya mengamalkan pemakanan pantang. Amalkan pemakanan
yang betul, elakkan makanan sejuk dan memberi mudarat kepada badan.
Nurhumaira - 2 bulan ( Susu ibu eksklusif ) |
SUPPLEMENT PENYUSUAN
Pentingkah supplement penyusuan? Yer! Penting sangat untuk
mengganti nutrisi tubuh yang hilang ketika kita mengandung, bersalin dan kita
menyusukan bayi. Sebaik sahaja anda melahirkan anak, secara automatiknya
kebanyakan nutrisi badan akan ditukar menjadi susu. Sebab itu ibu-ibu perlu
mengambil lebih banyak makanan berkhasiat untuk mengimbangi pengambilan nutrisi
ini. Apakah nutrisi tersebut? Kak Azie berikan 3 supplement paling penting dan
utama.
1)Energizing Soy Protein
Susu soya tinggi protein ini secara khusus membekalkan
protein tinggi kepada ibu. Susu badan akan menjadi lebih pekat dan menyebabkan bayi
cepat kenyang. Energizing Soy Protein ini dirumus khas untuk memberikan tenaga
kepada ibu. Apabila ibu mengambil susu ini dari pantang lagi, luka sewaktu
kelahiran juga cepat sembuh dengan kebaikan protein dalam susu ini. Kulit-kulit
perut yang merekah atau pecah akan kembali pulih dan cantik. Pengambilan maksimum
ialah 9 sudu sehari. Nak cantik dah sihat, wajib ada Energizing Soy Protein.
Susu protein yang lengkap dengan 20 asid amino.
Alfalfa Complex ini dikategorikan sebagai Raja Herba. Raja
Herba ini memberikan rasa sedikit panas untuk menyumbang kepada pengambilan
lebih banyak air. Secara logiknya jika minum banyak air, pasti susu lebih
banyakkan. Ibu menyusu memang memerlukan banyak air. Ini utuk memberikan air
yang cukup kepada dirinya dan kepada nutrisi untuk menjadi susu juga. Bagaimana
pengambilan air dalam pantang? Pengambilan air di dalam pantang boleh diminum
secara sedikit dan kerap seperti setengah gelas untuk satu jam. Jika kurang air
juga akan mengakibatkan sembelit. Sebab itu ibu menyusu mudah kena sembelit. Cecair
di dalam badan banyak yang ditukar menjadi susu jika tidak minum air yang
cukup.
3) Pil Kalsium @ Ostematrix
Pil kalsium ini dirumus khas untuk mereka yang tidak minum susu. Dengan pil kalsium ini,
segala khasiat susu mampu diserap oleh tubuh. Istimewanya pil kalsium ini
apabila mengandungi nutrien yang memberikan kadar serapan yang tinggi kepada
tubuh. Kandungan seperti magnesium, fosforus, vitamin D, Zinc, Mangan dan Boron
bertindak secara aktif bersama Kalsium. Susu yang bagus bukan sahaja perlukan
Kalsium malah bahan-bahan ini juga. Pil Kalsium ini juga mengelakkan sembelit,
memberikan bonus kepada ibu-ibu pantang. Pada ibu-ibu muda yang mungkin mengalami kekejangan kaki ketika
hamil atau menyusu, ini biasanya disebabkan kekurangan Kalsium. Jadi wajib
masukkan pil kalsium dalam supplement anda.
Berminat untuk menjayakan penyusuan ? Nak tau lebih lanjut?
Cepat-cepat
pm Kak Azie di 016- 3524104.
Agent Shaklee kawasan Sri Damansara, Kuala Lumpur Sentral,
Damanasara, Sungai Buloh, Kepong dan sekitarnya.
Comments
Post a Comment