Work At Home – Team Building Ultimate Family Dan Sunshine Family


Hai, nak tau jugak.  Bisnes macam mana yang suri rumah suka?  Macam Azie sendiri sebagai suri rumah memang sukakan bisnes yang boleh spend time banyak dengan family tersayang. Kenapa Shaklee? Paling penting, Shaklee merupakan bisnes lengkap untuk kaum ibu yang sibuk.

Tapi mari Azie cerita dulu mengenai family day bersama team ultimate dan sunshine pada 25/11/2017 baru-baru ini. Bagaimana mulanya family day ini dapat dilaksanakan. Pada mulanya founder Ultimate, Puan Ziela menawarkan hadiah percutian hotel kepada ahli yang naik rank.

Nak tengok best tak family day kami? Tengok video ini.



Kemudian, ada juga yang mendapat hadiah percutian dari pertandingan menulis blog paling banyak dalam masa sebulan. Setelah dikumpulkan dari utara ke selatan, akhirnya 5 pemenang dikumpulkan dan bersetuju untuk bercuti bersama-sama.

Dalam masa yang sama pula timbul idea, kenapa tidak buat family gathering bersama-sama?we are families. Oleh itu, founder Ultimate membuka peluang untuk ahli lain turut menyertai gathering ini dan menamakan ia sebagai family day ultimate team 2017.

Alhamdulillah, program kami berjalan dengan lancar. Walaupun tak banyak yang boleh dirancang pada last minit program tetapi kami berpuas hati dengan program yang singkat ini dapat mengumpulkan ahli Ultimate seramai 8 keluarga dengan jumlah peserta lebih kurang 50 orang.

Dengan percutian yang ditaja oleh Ultimate ni menambahkan lagi keeratan kami. Menginap di Klebang Beach Resort jugak memuaskan hati. Pandai Dedi Amin pilih hotel. Kolam pula bersih untuk budak-budak mandi.

Kalau suri rumah macam Azie sendiri, bisnes macam mana yang Azie nak? Sebenarnya bisnes Shaklee ni sangat menepati kehendak Azie sebab boleh lakukan kerja secara online saja tanpa tinggalkan anak-anak dan setiap program yang perlu disertai turut dibenarkan membawa keluarga.

Produk Shaklee merupakan produk yang sangat-sangat berkualiti dan sentiasa jadi. Jadi masalah susah nak cari customer tidak menjadi isu kerana keberkesanan dan kebaikan produk. Selain itu, order boleh dilakukan secara online dan di mana-mana saja pastinya. Jadi tiada isu kita bercuti, bisnes juga bercuti.


Next entry Azie ceritakan pula kisah percutian seterusnya yer.


Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish