Makanan Yang Harus Dielakkan Oleh Pesakit Gastrik.

Antara makanan yang harus dielakkan oleh pesakit gastrik ialah :

1) Makanan/ minuman berasid

Minuman berasid seperti jus oren, jus limau nipis, dan asam jawa. Hal ini kerana kandungannya boleh menyebabkan dinding perut menjadi nipis.

2) Makanan pedas

Seterusnya, makanan pedas juga haruslah dielakkan oleh pesakit gastrik kerana ianya berisiko untuk gastrik menyerang kembali. Contohnya seperti masak lemak cili api, mee segera samyang dan lain lain.

3) Makanan yang berangin

Makanan seperti kekacang, petai, jering dan sewaktu dengannya merupakan makanan yang harus dielakkan oleh pesakit gastrik bagi mengelakkan perut anda berangin, sendawa dan kembung.

4) Elakkan junk food

Junk food merupakan makanan yang sering menjadi kegemaran masyarakat malaysia. Namun, ianya merupakan salah satu penyumbang kepada gastrik. Jika tidak dikawal pengambilannya, gastrik akan mudah menyerang.

5) Air berkarbonat atau kafein

Air berkarbonat juga merupakan penyumbang kepada gastrik. Jika perut anda masih kosong anda dinasihatkan agar tidak meminum air berkarbonat.  Pastikan perut diisi dengan makanan dan tidak mengambil air berkarbonat dengan kuantiti yang banyak.

6) susu

Kebanyakan susu berasaskan asid yang mana akan memburukkan lagi masalah gastrik ini. Jika nak minum susu,
makanan pesakit gastrik.
Kurangkan makanan berasid dan lebihkan makanan beralkali.


PUNCA PUNCA SAKIT GASTRIK


Tahukah anda penyakit gastrik berpunca daripada:
  • Makanan yang pedas.
  • Makanan yang masam serta berasid tinggi
  • Makanan yang berlemak serta berminyak
  • Minuman berkafein dan berkarbonat
  • Rokok
  • Pengambilan ubat tertentu dalam jangkamasa yang panjang
  • Stress/ tekanan emosi
  • Jangkitan bakteria H.Pylori. bakteria ini boleh menyebabkan dinding perut luka dan menyebabkan gastrik ulser.
  • Kurang bersenam.

TANDA TANDA SERANGAN GASTRIK


Serangan gastrik dapat dilihat melalui tanda tanda berikut:
  • Sakit kepala diikuti dengan rasa loya atau mual,sebu perut atau hilang selera makan
  • Kerap sakit perut terutama di bahagian atas abdomen dan di bahagian belakang. Perut anda akan berasa tidak selesa, mencucuk-cucuk serta pedih.
  • Mual dan muntah berwarna hijau atau kuning atau mengandungi campuran darah
  • Rasa kenyang atau rasa bahagian atas perut seperti terbakar.
Namun, serangan gastrik yang kronik dapat dilihat daripada simptom simptom berikut :
  • Berpeluh peluh dan denyutan jantung bergerak laju.
  • Pengsan.
  • Sakit dada dan sakit perut yang teruk.
  • Muntah darah.
  • Keradangan perut yang teruk boleh membawa kepada pendarahan pada perut juga usus.

SEMOGA BERMANFAAT.

Azie Abd Ghani
ID 1025553
016-3524104
FB : Aziah Abd Ghani


Carian Berkaitan :

Cara Atasi Gastrik

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu