Rawatan Darah Tinggi Tanpa Ubat Yang Merosakkan buah pinggang




Tekanan Darah (Hypertension)
Tekanan darah tinggi ataupun hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda simptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

·      Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
·      140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.



Statistik darah tinggi di melaysia.

Di Malaysia, tekanan darah tinggi merupakan masalah umum di mana-mana, menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, 43.5 Peratus penduduk Malaysia menderita hipertension iaitu bersamaan dengan 1 daripada 3 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas menghidapinya.

Bayangkan cuma 6 daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka. Bagaimana pula dengan nasib 64 orang yang lain??


Dan yang lebih membimbangkan lagi, hanya 1 daripada 5 orang, bersamaan dengan 23% rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang mengambil ubat.

Persatuan Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada penduduk dunia atau hampir 1 daripada 2 orang dewasa akan menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020. Fakta yang sungguh menakutkan!!
Masyarakat perubatan dan orang ramai mesti mengubah sikap mereka terhadap bahaya masalah ini dan menyedari keperluan merawat hipertensi secara agresif di peringkat awal.

Risiko Tekanan Darah Tinggi Pada Anda
Menurut Dr Muhammad Yamin, Sp.Jp (K), FACC, FSCAI, ahli kardiovaskular dari Eka Hospital, hipertensi merupakan salah satu faktor terjadinya jantung koroner. Pesakit yang hipertensinya tidak terkawal akan mengalami penebalan (hipertropi) pembuluh darah dan saluran darah akan cenderung tersumbat. Apabila ia tersumbat, ia akan menghalang peredaran darah ke anggota penting badan seperti otak, jantung, buah pinggang dan saraf-saraf.
Kerana fatalnya akibat dari hipertensi, pesakit seharusnya mengawal tekanan darahnya. Selain boleh menyebabkan penyakit jantung, hipertensi yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan aorta koyak mendadakpendarahan di otak, atau pecah pembuluh darah di retina mata.


7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

1.  Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

2.  Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

3.  Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4.  Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5.  Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

6.  Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:

1.  Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.

2.  Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.

3.  Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4.  Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.

5.  Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.

6.  Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.



Rawatan Alternatif



VIVIX (Merendahkan risiko hypertensi dan darah tinggi)

Vivix melindungi dan memperbaiki kerosakan sellular DNA . Setiap hari sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini menyebabkan pengkalan data genetik rosak dan mengganggu fungsi sel dan kepanjangan umur sel. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA. Antara bahan yang ada dalam Vivix ialah :

1)Muscadine Grape – Anggur ini mempunyai lebih dari satu kromosom yang berpotensi untuk dimanafaatkan dalam kesihatan. Ia mengandungi asid alergik yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur lain.  Muscadine grape mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria.

2) Purple Carrot – ia mengandungi anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, antiradang, anti microbial dan anti carcinogen. Tambahan pula ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

3) Elderberry – Elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, dan strok. Selain dari itu , ia juga dapat mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

4) Polygonum Cuspidatum -  hasil kajian dari polygonum cuspidatum ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol,merendahkan tekanan darah  dan mengurangkan berat badan.





































Omega Guard  


Omega guard mengandungi tiga kali ganda dari ketumpatan minyak hati ikan. Berbanding dengan produk omega 3 lain di pasaran, omega guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia. Omega guard telah melalui proses penyulingan proprietary  tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak yang paling tulen dan paling semulajadi di samping menyingkirkan logam-logam berat seperti plimbum, merkuri, arsenic, cadmium dan PCB ( polychrinated biphenyl – bahan kimia industry paling toksik).


Garlic

Garlic ini mengandungi 100% Allicin aktif ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Terdapat sebatian 2 herba di dalamnya iaitu ( Rosemary dan Spearmint). Pelbagai vitamin di dalamnya untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya kepada tubuh. Antara manfaat lain ialah :

1)Antibiotik yang selamat dan semula jadi – garlic merupakan antibiotic semula jadi, dan ianya selamat untuk jangka masa panjang. Ia digunakan untuk mempertingkatkan sistem imun badan, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

2) Menurunkan tekanan darah tinggi – kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

3) Menstabilkan glukos – menolong menstabilkan glukos dalam tubuh.

4) Menurunkan kolesterol – menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung , menghalang strok dan penyakit koronari.



Setelah berumur 30 tahun ke atas, sememangnya ramai yang berisiko mendapat penyakit darah tinggi akibat dari cara hidup zaman moden sekarang. Seharusnya anda membuat pemeriksaan kesihatan setiap 12 bulan untuk mengetahui tahap kesihatan anda.


 AZIE ABD GHANI
016.352.4104
(SHAKLEE ID : 1025553)
IG : haziea83
SID KUALA LUMPUR/ SELANGOR
COD AREA : BANDAR SRI DAMANSARA, DAMANSARA DAMAI, BANDAR SUNGAI BULOH, KOTA DAMANSARA, KUALA LUMPUR SENTRAL, PETALING JAYA, BANGSAR, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN
POS : SELURUH MALAYSIA



Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish