KACANG, KEKACANG DAN KACANG- KACANG
Kenali 5 Jenis Kacang & Khasiatnya
Selain kacang tanah, ada beberapa jenis kacang lagi yang dikatakan baik untuk kesihatan tubuh. Antaranya adalah almond, walnut, pecan, macadamia, pistachio, pine nut, kacang soya dan kacang Brazil, yang rata-rata mengandungi lemak serta kaya kalsium dan zat besi. Selain itu, kekacang ini juga bagus untuk mencegah sembelit, membersihkan dan menguatkan gigi serta gusi.
Almond
Kacang almond memang popular. Bagi penggemar coklat kamu pasti akan menemui potongan almond sebagai penambah kelazatan di dalamya. Namun, tahukah kamu terdapat 2 jenis Almond yang sangat popular, iaitu almond manis dan almond pahit. Almond manis lazimnya digunakan dalam memasak dan memanggang, manakala almond pahit pula digunakan untuk menghasilkan ekstrak almond. Biasanya almond dikenali sebagai makanan untuk otak dan tulang. Lebih dari 65% lemak pada almond merupakan lemak tak jenuh tunggal, yang dapat menurunkan kadar “kolesterol jahat” (low density lipoprotein).
Pecan sering ditaburkan di atas ais krim yang biasa disajikan di kafe-kafe. Pecan mengandungi 65-70% lemak sihat. Pecan termasuk dalam kelompok kekacang yang mengandungi lemak tertinggi dan kaya dengan protein. Pecan juga dipercayai mampu memperbaiki system saraf dan sangat berguna dalam memperbaiki sel-sel yang rosak dalam sesetengah kes penyakit jantung. Pecan kaya dengan kandungan vitamin E yang terikat dalam lemak sihat dan merupakan antioksida yang kuat.
Walnut
Orang cina menyebut walnut sebagai longevity fruit. Bukan semata-mata kerana pohonnya yang bertahan sehingga beratus tahun tetapi walnut juga adalah sejenis makanan yang mampu tahan lama. Ada 3 jenis walnut dan yang paling popular ialah “Persian Walnut” yang berwarna lebih gelap. Serta ‘Butter Nut’ yang juga dikenali sebagai ‘White Walnut.’ Walnut mengandungi 60% lemak dan 20 protien. Sebahagian besar kandungan lemaknya adalah lemak sihat. Di dalam walnut juga terkandung magnesium.
Pistachio
Sekembalinya seseorang dari Mekah, mereka sering menghadiahkan buah tangan kepada rakan-rakan dan saudara-mara dengan kacang pistachio. Pistachio memang banyak tumbuh di Timur Tengah dan Asia Barat. Pistachio panggang adalah makanan ringan yang sihat dan lazat. Pistachio kaya dengan zat besi. Makan 50 biji Pistachio bersamaan penyediaan lebih dari 10% keperluan serat dalam badan setiap sehari. Kacang ini juga adalah sumber yang unggul dari asid lemak tidak jenuh tunggal, jenis lemak ini berguna untuk menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL dan meningkatkan kadar kolesterol ‘baik’ HDL.
Macadamia
Kacang macadamia dikenali juga sebagai Queensland Nuts kerana banyak tumbuh di daerah Queensland, Australia. Nama ‘macadamia’ diambil bersempena menghormati jasa Dr.John Macadam, rakyat Australia yang Berjaya menemui kacang ini. Kacang ini kaya dengan kandungan lemak sihat (70%), tetapi rendah protein (8%). Selain itu macadamia juga kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium. Sebagai terapi semula jadi, individu yang gemar menikmati macadamia ternyata boleh membantu mengatasi masalah ketagihan alcohol, memulihkan gangguan hati, mengatasi anemia dan meningkatkan kesihatan secara umum dengan memperbaiki system kekebalan tubuh.
Comments
Post a Comment