Tomato - HEART EMOTION
10 KHASIAT TOMATO, UTK KECANTIKAN WAJAH
1. Bagi anda yang menghadapi masalah jerawat, cuba petua ini. Lenyek tomato dan sapukan pada keseluruhan wajah terutama di bahagian berjerawat. Biarkan ia kering pada wajah atau dalam anggaran 30-40 minit. Kemudian, bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
2. Tomata juga dikatakan dapat membantu mengurang dan memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah. Caranya mudah sahaja, potong tomato kepada dua bahagian. Ambil separuh dan sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian baru bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.
4. Bagi atasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai masker dan sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering selamat kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.
5. Campuran jus tomato dan madu amat mujarab untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis. Hasilnay kulit akan cerah sekata.
6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi. Ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
7. Kebanyakan wanita mengalami masalah dehidrasi kerana bekerja dalam bilik yang menggunakan pendingin hawa. Akibatnya kulit menjadi kering dan ada juga yang bersisik. Mudah saja untuk kembalikan kelembapan kulit, lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bila dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
8. Tomato juga boleh digunakan untuk merawat rambut kering dan bercabang. Lumur rambut dengan jus tomato dan balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ia dapat membuatkan rambut anda sihat dan bersinar.
9. Lenyek tomato dan sapukan dibahagian kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur. Lakukan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
10. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan mata dengan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli. Ia akan mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.
BERMINAT DENGAN PEMAKANAN SIHAT YANG LEBIH MUDAH!
FREE VITALEA!!!
PM AZIE 016-3524104.
Comments
Post a Comment