Omega Merawat Ekzema Anak Setelah 4 Tahun
Assalamualaikum,
Saya terpanggil untuk menceritakan mengenai penyakit ekzema anak sulung saya iaitu Aqil Haziq. Haziq dilahirkan pada 6 tahun lalu merupakan anak yang normal pada mula dilahirkan. Selepas seminggu umur haziq, ada kepingan tebal seperti kelemumur di dahinya. Bila dirujuk kepada doktor, doktor mengesahkan terdapat ekzema kepada baby. Pengetahuan saya mengenai ekzema agak kurang tetapi doktor mengaitkan dengan asma dan keturunan.
Selepas menggunakan krim yang dibekalkan oleh klinik, Haziq pulih. Tidak lama kemudian selepas Haziq berusia sebulan, pipi pulak kemerahan seperti kena kurap susu. Sekali lagi, saya menggunakan krim yang dibekalkan. Cepat jugak kesan apabila menggunakan krim tersebut. Apabila Haziq mula membesar, kami keluar masuk klinik. Pelbagai krim dan sabun mandi digunakan untuk memastikan sesuai dengan Haziq. Ekzema kepada Haziq agak kronik tapi tidak mengakibatkan asma. Paling kritikal apabila terdedah kepada udara sejuk seperti aircond dan cuaca panas terik. Kulitnya akan kering dan gatal. Haziq biasanya akan garu sehingga berdarah. Boleh bayangkan kepedihan tu. Selain dari menggunakan krim steroid dan sabun mandi khas, Haziq jugak minum susu khas dan terpaksa pantang makan. Terasa sukar juga menjaga anak ekzema ini.
Setelah mula menjadi ahli Shaklee pada tahun 2013, saya mula membekalkan Omega Guard kepada Haziq. Alhamdulillah, Haziq nampaknya semakin pulih. Gatal- gatal yang dialami semakin kurang. Tetapi banyak yang saya boleh belajar sebenarnya apabila anak sendiri mengalami ekzema.
80% kes ekzema bukan dari keturunan!
Tetapi ekzema boleh terjadi akibat tekanan radikal bebas, cara pemakanan, pendedahan kepada kawasan bandar yang banyak pencemaran udara dan pencemaran air. Banyak faktor lain yang memburukkan lagi masalah ekzema kepada anak itu sendiri.
Bagaimana Omega Guard membantu pesakit Ekzema?
Omega Guard mengandungi minyak DHA dan EPO yang secara aktif mengelakkan radang dan bengkak. Selain itu, Omega Guard membantu merawat alahan kepada anak jugak. Patutla ramai yang mengatakan Omega Guard ni bagus kan.
Apa manfaat Omega Guard lagi kepada anak?
Secara tidak langsung Haziq mendapat manfaat lain. Haziq cepat faham apa yang kami ajarkan. Alhamdulillah. Bila belajar di sekolah pun , Haziq semakin cergas. Biarpun umurnya baru 6 tahun, Haziq cepat faham . Alhamdulillah. Ibu sangat bersyukur dapat memberikan Haziq penawarnya supaya Haziq dapat menjalani aktiviti seharian dengan selesa.
Anda ada pengalaman mengenai anak Ekzema?
Boleh whatsapp Azie 016-3524104 untuk berkongsi cerita dan pendapat anda.
Comments
Post a Comment