Pengalaman Menarik Melawat Genting Strawberi Park



Assalamualaikum, baru teringat nak menulis mengenai melawat Genting Strawberi Park ini. Siapa yang sudah pernah melawat ke Genting Strawberi Park?



Jika dari rumah Azie di Bandar Sri Damansara ni, perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Ada 2 jalan yang boleh dilalui iaitu laluan Ulu Yam – Genting dan mengikut tol Gombak. Sebenarnya pada Azie, Genting Strawberi park merupakan alternatif bagi warga kota melihat pokok strawberi, sayur-sayuran dan buah-buahan jika mereka tidak mau ke Cameroon Highland. Kadang-kadang Azie dan suami sibuk untuk merancang percutian bersama anak-anak ke luar kawasan Kuala Lumpur. Jadi lawatan ke Genting Strawberi Park ini sebagai alternatif cepat.
Apa yang menarik di Genting Strawberi park ini?


melawat genting strawberi park
penanaman cendawan

Untuk pengetahuan pembaca, Genting Strawberi Park yang pertama terletak berhampiran dengan kereta kabel. Di sini terdapat strawberi yang boleh dipetik sendiri dengan harga rm8/100g. selain dari melihat pokok strawberi, terdapat juga kawasan Bunga lavender, sayur-sayuran, buah-buahan dan penanaman cendawan. Macam anak-anak Azie pastinya mereka seronok sesekali dapat berlarian di dalam kebun. Terasa bebas dan mengamit memori waktu kecil. Kesian anak-anak sekarang kan. Azie suka sangat jeruk strawberi yang dijeruk basah sebab cuma di tempat yang ada kebun strawberi sahaja ada menjualnya. Tiket masuk juga dikenakan untuk masuk ke taman ini. Ini kerana juga milik persendirian. Untuk dewasa RM8 dan kanak-kanak RM5.


Untuk Genting Strawberi Park yang ke-2, tiada tiket masuk dikenakan. Harga strawberi pulak rm6/100g dan boleh dipetik sendiri. Bukan itu sahaja, terdapat sayur-sayuran yang boleh dipetik sendiri dan ditimbang. Seumpama berada di kebun sendiri. Siap sedia petik. Harga pun ok jugak. Yang best tengok juga bila anak-anak berlari-lari di sekeliling kebun. Minda kita rasa boleh rehat tengok tumbuhan hijau ni kan. Kebanyakan kedai makan di kebun ini nampaknya dipelopori oleh kaum china tetapi terdapat juga kedai mamak yang berhampiran. Namun, terdapat juga gerai-gerai yang menjual jagung dan buah-buahan serta waffle yang terdekat. Jadi,untuk makan tidak ada masalah.

Anda teringin hendak menginap di sini?

Jika anda dari jauh dan hendak menginap di sini, Hotel Sri Malaysia merupakan yang terdekat dengan Genting Strawberi Park. Selain mengunjungi Genting Strawberi Park, anda juga pastinya hendak naik ke puncak Genting. Tetapi sayangnya, Genting Resort sedang dalam pembaikian lagi. Jadi banyak tempat-tempat permainan yang ditutup lagi.Cuma indoor sahaja yang boleh masuk.

Pada Azie, lawatan sehari ini sudah cukup meriangkan anak-anak. Itu sudah memadai untuk lari sebentar dari kesibukan kota. Salam sayang semua.

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu