Pengalaman Pertama Menghadiri Team Building Supermom 2017 (Siri ke 2)
Hari ke dua (19.03.2017)
Sambungan dari siri pertama, acara mencari harta karun. Sememangnya
sangat mencabar minda dan juga tenaga apabila setelah penat menjalankan
aktiviti di padang, kami menjalankan acara terakhir sebelum berhenti rehat
iaitu mencari harta karun, ia tidak semudah yang disangka kerana ada sepuluh
soalan dan aktiviti yang perlu dilakukan yang menguji fizikal dan mental.
Ini termasuklah soalan teka teki, memukul bola dengan dahan
kayu sehingga masuk ke dalam baldi, membina puzzle kayu menjadi segiempat sama
dan juga mencari beberapa bahan lain seperti yang diminta oleh urus setia. Setelah
dapat menjawab semuanya, kami berhenti rehat dan makan tengahari. Ternyata menu
ayam goreng dan masak lemak udang cukup menyelerakan masing-masing yang
kelaparan ni.
Selepas pulang ke bilik sebentar untuk berehat dan solat,
acara diteruskan dengan acara air. Melihat cuaca yang mendung, urus setia
menjalankan aktiviti kayak menggunakan pelampung yang dibina dari tayar getah
dan papan. Pertandingan antara 4 kumpulan dijalankan. Walaupun sekadar
permainan, masing-masing menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk menang.
Macam Azie ni, fobia air. Jadi jangan ditanya kenapa sekadar
di pinggiran. Masing-masing enjoy malah mencabar diri untuk mengayuh kayak yang
memerlukan tenaga tangan yang kuat. Setelah tamat acara kolam, acara terakhir
yang mewajibkan semua orang basah. Ingatkan terselamat dari masuk ke dalam air,
rupanya acara ni wajib basah.
Setiap kumpulan diberikan sebatang tiang tinggi yang
berlubang. Dengan menggunakan kaki dan tangan kesemua ahli kumpulan, kami akan
berusaha menutup kesemua lubang tersebut bagi membolehkan sebiji bola pingpong
dalam tiang tersebut terapung dan keluar. Manakala seorang ahli akan mencedok
air dari kolam yang juga menggunakan baldi kecil yang berlubang.
Waktu inila, semua orang yang memegang tiang tersebut akan
basah disiram oleh pembawa baldi tadi. Matlamat untuk mengeluarkan bola
pingpong tersebut dengan menutup lubang kecil yang berlubang dari tiang itu
menunjukkan yang segala halangan mesti ditempuhi untuk mencapai peringkat
tertinggi.
Sebaik sahaja tamat acara ini, pihak jurulatih memberikan
sedikit review dari sudut permarkahan dan keletihan dan rasa ingin berehat. Walaupun
begitu masih ada sesi kumpulan kecil bersama kumpulan Ultimate. Selepas mandi
dan solat asar, kami membuat sedikit perbincangan.
Acara malam juga meriah. Malam Akustika di samping acara BBQ
kambing bakar dan ayam. Acara makan-makan dan melihat persembahan dari peserta
yang menyanyi. Ada 5 orang yang menunjukkan bakat masing-masing. Selepas itu,
Supermom dan Superdad juga perlu menyanyi di depan. Masing-masing perlu
membuang perasaan malu kerana sememangnya ini satu latihan untuk bercakap di
depan orang ramai.
Jangan sangka selepas makan kambing bakar boleh balik tidur
yer. Acara perbincangan di dalam bilik kuliah masih diteruskan selepas makan. Biarpun
kepenatan, masing-masing menahan diri. Tujuan utama untuk hadir ke sini juga
ialah menjalankan aktiviti perbincangan mencari cara meningkatkan jualan group
masing-masing.
Paling ditekankan dalam perbincangan ialah S.W.O.T.
1. Strength (kekuatan) – setiap ahli mempunyai kekuatan
tersendiri. Oleh itu, sangat penting untuk kenalpasti kekuatan diri sendiri dan
berikan 100% tumpuan kepada kekuatan.
2. Weakness (Kelemahan) – kelemahan diri juga sesuatu yang
normal. Jika kita tau di mana kelemahan diri, perlu cari cara untuk atasinya. Jika
tidak, kelemahan tersebut akan membuatkan kekuatan diri juga menjadi lemah.
3. Oppptunity (kelebihan) – gunakan peluang yang ada. Berada
di bawah organisasi besar seperti supermom ini sebenarnya memberikan banyak
peluang seperti disediakan bilik latihan secara percuma. Malah pihak Shaklee
sendiri sering kali membuat pelbagai acara untuk memantapkan ilmu di kalangan
ahli. Peralatan perniagaan seperti kit perniagaan baru juga disediakan untuk
kemudahan ahli. Hanya perlu jalankan saja.
4. Treat (ancaman) – ancaman dari luar seperti permainan
harga di antara ahli, penjualan produk Shaklee secara terbuka sedangkan ia
hanya boleh dilakukan secara jualan langsung sahaja. Ada juga stok vitamin yang
sering kehabisan stok membuatkan pelanggan tidak mahu menunggu dan mencari
produk lain. Biarpun begitu, ahli sendiri harus sentiasa mencari ilmu produk
kerana boleh cadangkan produk lain jika ada yang kehabisan stok.
Hari ke tiga (20.03.2017)
Akhirnya sudah sampai hari terakhir kami berkampung di sini.
Acara pagi dimulakan dengan sukaneka bersama keluarga. Pada awalnya acara
dirancang di padang tetapi akibat hujan, acara cuma dijalankan di dalam dewan
sahaja. Empat kumpulan dibentuk yang bercampur ibu bapa dan anak. Anak-anak
kecil juga tidak dikecualikan. Ia memberikan keseronokan kepada anak-anak kecil
ini.
Beberapa acara dijalankan seperti membawa bola pingpong dalam sudu, bawa getah gelang
dengan staw di mulut, permainan ‘Hoi Ya Hoi’ dan tiup gula-gula dalam tepung. Paling
seronok pastinya anak-anak yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik.
setelah acara tamat, pemberian hadiah kepada pemenang. Biarpun hadiah hamper
yang sama untuk setiap kumpulan tetapi semuanya memberikan tentangan yang
hebat.
Acara penutup dengan rakaman lagu raya dan ucapan raya. Masing-masing
memang melaram dengan baju raya sedondon sekeluarga. Cuaca yang agak panas
tidak menjadikan alasan untuk tidak bekerjasama. Kemudian terus dilakukan acara
penutup dan penyampaian sijil oleh master Hadhatina.
Semoga tahun depan dapat sertai lagi.
Semoga tahun depan dapat sertai lagi.
Comments
Post a Comment