Siri 1 - Perjalanan Mohammad Qausar Adha Ke Dunia Pada Pagi Raya Korban


Assalamualaikum, teringin pula meluangkan sedikit catatan mengenai kelahiran anak ke-4 saya pada 1.9.2017 bersamaan dengan pagi Hari Raya Korban. Pada mulanya saya dijadualkan menjalani proses bersalin secara pembedahan pada 7.9  kerana faktor masalah kelahiran yang sebelumnya.

Sewaktu mengandungkan Qausar, saya agak cergas dalam membuat aktiviti bersama ahli group dan juga aktif di rumah. Tapi pastinya dengan berhati-hati kerana kandungan sebelum ini pernah mengalami pendarahan. Oleh itu memang berjaga-jaga. Alhamdulillah juga tidak mengalami masalah sewaktu mengandung seperti darah tinggi dan kencing manis serta masalah-masalah lain.

Walau bagaimanapun, pembedahan perlu dilakukan kerana sebelum ini telah menjalani 2 kali pembedahan sewaktu bersalin anak sebelum ini. Seperti biasa juga kadang-kadang terasa perut mengeras, rupanya itu memberikan tanda awal yang waktu bersalin sudah dekat.

2 hari sebelum Aidiladha, saya mula membuat persiapan untuk menyediakan juadah hari raya kerana tahun ni akan beraya bersama keluarga mertua. Pergi ke kedai untuk membeli barang dan mula memasak sehari sebelumnya. Mungkin kerana agak lasak dari biasa, pada pukul 3.30 pagi raya ketuban pecah.

Macam mana rasanya pecah ketuban ni? mula-mula tersedar sebab rasa nak buang air kecil tapi macam terkeluar sedikit tanpa dapat di tahan. Bila ke bilik air, terdapat kesan darah sedikit. Yakinla saya, ketuban pecah. Cepat- cepat kejutkan suami, beri dai pilihan. Nak bersalin di kampung atau di sini saja?

Pengalaman saya sebelum ni, memang pecah ketuban biasanya agak lama untuk betul-betul boleh bersalin. Jadi pada kiraan saya, sempat untuk pulang ke kampung. Air ketuban terus keluar waktu mengemas barang. Saya cuba rileks sementara suami kemas barang.

Dan pada pukul 4.30 pagi, kereta meluncur laju membelah pagi raya. Terasa perlahannya kereta yang dibawa suami. Sesekali saya berbual dengannya sebab risau dia gabra. Rupanya dia jugak cuba kawal perasaan. Hehe..

Sempat minum air kotak dan beberapa keping biskut sewaktu dalam kereta kerana tau sampai di hospital nanti dah tentu tak ada masa nak minum lagi. Saya call kakak di kampung untuk tunggu di hospital sebab nak mintak bawak anak-anak balik. Sampai di hospital lebih kurang pukul 5.30 pagi, terus doc check bukaan. Baru 2 cm katanya. See.. kan saya dah agak.

Waktu tu kontraksi bermula, saya mula gelisah. Dan doctor buat persiapan nak tolak saya ke bilik pembedahan. Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu. Hati memang berdebar-debar kerana memang perasaan setiap kali ditolak dengan troli tu, merasa saat-saat dibawa ke alam kematian. So scary..

Cuma terfikir anak dalam kandungan yang akan keluar, hati sedikit reda. Suami dah nampak risau juga waktu dia menghantar ke bilik pembedahan. Waktu suami cium pipi, rasa sebak. Allah, semoga aku selamat. Kali ke tiga berada dalam bilik pembedahan, saya dah tau prosedurnya.doktor akan mula membuat persiapan, kita Cuma terbaring saja memerhati sekeliling.

Untuk saya, please make it fast doctor.

Saya dah tak kisah doktor nak buat apa tapi lakukannya dengan cepat. Umpama, kalau nak kena bunuh tu. Cepat sikit. Tak dapat nak menahan perasaan tertunggu-tunggu. Hehe.. suntikan epidural diberi. Memang mengeluh beritau nurse yang bertugas, kontraksi makin kuat.

Selepas suntikan epidural diberi, kaki mula berat. Doktor beri arahan nak mengangkat kaki. Dah tak boleh angkat, maknanya suntikan dah berkesan. Saya tak berapa suka epidural ni sebab ia berasaskan morfin dan juga mengakibatkan badan jadi gatal-gatal nanti.

Ok doc, buatla macam mana sekalipun, yang penting bayi saya selamat. Pukul 7.23, terdengar tangisan Muhammad Qausar Adha. Alhamdulillah, bayi dah keluar. Kesan dari ubat pelali juga buatkan saya mengantuk. Nurse cakap tidurla dulu sebab doktor tengah jahit. Tapi tak sempat terlelappun dah ditolak keluar. Syukur semua selamat.

Boleh dikatakan 3 orang anak sebelum ni memang saya yang bagi nama. Untuk yang terakhir ni, ingat nak minta suami yang namakan. Suamipun takde idea juga. Akhirnya sewaktu membaca tafsir Al Quran, terpandangkan ayat Al-Kautsar. Oleh itu, dinamakan Muhammad Qausar Adha oleh suami tercinta.

Ok, nak rehat dulu. Baru pantang hari ke 14 hari ni.

Nanti saya cerita sambungan di wad pula






Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu