SEMBELIT DI KALANGAN BAYI & KANAK-KANAK
Sembelit bukanlah penyakit & tidak dikira dengan bilangan hari mereka tidak membuang air besar.
Malah kalau 3 hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi tersebut mengalami sembelit. Tanda-tanda anak mengalami sembelit:
1) menangis dan menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang air besar.
2) kanak-kanak besar mengadu sakit atau kelihatan meneran ketika membuang air besar.
3) najis kelihatan kering, keras, berbiji biji seperti biji kacang.
4) kentut dan najis yg berbau lebih busuk dari biasa.
5) kekerapan membuang air besar juga berkurangan.kurang dari 3 kali seminggu.
6) anak tidak mempunyai selera untuk makan.
PUNCA SEMBELIT
1~ Susu formula. Ini kerana bayi yang diberikan susu formula lebih mudah mendapat sembelit kerana sukar dihadam dan diserap masuk ke dalam usus.
2~ Bayi yang mula diberi makanan separuh pepejal. Usus mereka masih belum berfungsi dengan baik. Pastikan makanan separuh pepejal yang diberikan adalah lembut dan mudah dihadam. Banyakkan kandungan air.
3~ Anak kecil yang tidak sihat kerana demam, selsema, jangkitan dalam tekak dan mula tumbuh gigi. Mereka tidak selera minum susu. Apabila badan kekurangan air dan dehidrasi, tubuh akan menyerap air dari najis untuk menampung kekurangan air dalam badan.
4~ Kecacatan sejak lahir pada usus mahupun lubang dubur.
Sila dapatkan rawatan doktor jika mengenal pasti masalah anak yang ke.4
Tapi jika anak anda mengalami sembelit akibat dari 3 punca yang pertama tu, beberapa cara dicadangkan.
1- Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ia akan merangsang pergerakan najis dalam usus.
2- Jika bayi berumur 6 bulan ke atas dan menyusu formula, boleh berikan lobak yang dikisar segar.beri kadar yang berpatutan.
3- Bagi kanak-kanak yang berumur setahun ke atas boleh diberi jus buah seperti tembikai atau air mineral. Boleh juga bagi jus betik yang sangat baik untuk merangsang pergerakan usus.
4- Mealshakes mengandungi detoksifikasi yang kaya dengan serat larut untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dah usus.
Comments
Post a Comment