LAWATAN KE ZOO NEGARA
tag zoo negara |
Assalamualaikum.. Baru- baru ni sempat meluangkan masa melawat Zoo Negara. Sebenarnya dah lama teringin nak melawat Zoo Negara ni sebab kali pertama melawat Zoo ni pada 20 tahun sudah. Kami sekeluarga datang ke sini bersama keluarga Kakak ipar. Lebih ramai lebih seronok kan.
berehat sebentar. |
Apabila berada di Zoo, yang teruja pasti anak anak. Aqil pernah datang ke sini mengikut rombongan tadikanya lebih kurang 5 bulan lepas. Jadi dia sibuk menunjukkan haiwan- haiwan kepada adik - adiknya. Melihat zirafah, gajah , harimau , burung - burung. Bila melihat harimau, Naurah pula membunyikan bunyi kucing. Meow.. Meow.. Mungkin melihat kucing besar agaknya :-) .
wajah teruja naurah dalam stroller. |
Bersama keluarga kakak ipar, memang meriah. Berjalan bersantai- santai. Lebih lagi zoo yang kurang pengunjung, mungkin disebabkan hari sabtu dah hari sudah petang ketika kami sampai. Anak - anak teruja melihat binatang- binatang. Yang pastinya Naurah tetap setia di dalam strollernya. Kebiasaannya budak tak suka duduk dalam stroller kan. Sebenarnya sebelum kami keluar, naurah dah jatuhkan tin susu di atas kaki dan berdarah. Mungkin dia masih merasa sakit. Itula, kelasakan anak- anak yang menguji kesabaran :-) .
abang dan kakak tengok zirafah. |
Tengok panda? Nak tengok panda sebenarnya tapi tak sempat sebab cuma 2 jam berada di zoo. Jadi saya kira pasti tak sempat melawat giant panda tu kan. Ditambahkan pula tiket yang perlu di bayar berasingan, niat terbatal . Mahal juga. Kita perlu membayar rm20 hanya untuk melihat panda. Tak pe la. Dengan binatang yang adapun anak - anak sudah teruja.
Jadi, anda teringin datang ke Zoo Negara? Tiket dewasa sekarang rm32 + rm20(panda) . kanak- kanak rm15 + rm12( panda) . jadi boleh rancang kos untuk tiket. Jika membawa anak - anak seperti kami, boleh bawa bekalan makanan dan minuman kerana ingin membeli di dalam zoo. Memang mahal.
Salam sayang,
Azie#016-3524104
Comments
Post a Comment