Cara Atasi Masalah Jerawat Ketika Hamil Yang tidak Merbahaya Kepada Bayi
Wanita hamil pastinya akan melalui fasa perubahan yang ketara sepanjang kehamilan ini dengan mudah dan ada juga yang sebaliknya. Perubahan fizikal dan emosi ini jika tidak ditangani dengan baik akan mengganggu tugasan harian. Walau bagaimanapun perubahan yang dialami bukanla bersifat kekal sebaliknya ia akan beransur hilang apabila bayi telah dilahirkan. Salah satu perubahan fizikal yang dialami oleh wanita hamil iaitu jerawat. Mengapa ia berlaku? Kehamilan boleh menjadi pencetus jerawat yang sedia ada menjadi lebih teruk. Dalam sesetengah kespula, sesetengah wanita yang mengalami masalah jerawat pula mengalami pengurangan sepanjang kehamilannya. Hal ini terjadi kerana paras hormone androgen yang tinggi sewaktu hamil. Keadaan itu telah mempercepatkan kelenjar sebum pada kulit menjadi lebih besar lantas menjadi pemangkin kelada perembesan bahan berminyak dinamakan sebum. Sebum menyediakan suatu selaput lemak yang nipis di atas kulit. Sebum yang berlebihan ini kemudiann