Pengalaman Pertama Membawa Anak Menaiki Komuter Tanpa Kehadiran Suami
Assalamualaikum,
Hari Jumaat baru ni, kebetulan ada mendapat Whatsapp dari
seorang pelanggan nak bertemu di Kuala Lumpur Sentral. Memang banyak entry Azie
mengenai Kuala Lumpur Sentral kerana bekerja di sini sebelum ini. But I am Work
At Home Mother now. Walau bagaimanapun Azie memang ada agent jugak di Kuala
Lumpur Sentral tu. Cuma untuk 1st time meet with customer ni, baik
jumpa sendiri untuk kenalpasti masalahnya.
sabar menunggu kehadiran komuter |
Menjadi masalah jugak sebab tiga orang anak ni sapa nak jaga
kan? Kadang-kadang bila terdesak memang Azie tinggalkan pada jiran tetapi ntah
macam mana rasa tekad nak bawak diorang. Haziq enam tahun, Humaira empat tahun
dan Naurah dua tahun setengah. Kebetulan pula anak jiran tu demam. Okla, tekad
bawa diorang. Bila suami balik waktu rehat, beritahu hasrat tu. En suami ni
biasanya agak berat tapi hari ni macam lembut hati. Anak-anak sememangnya teruja kerana ni Haziq dan Humaira pernah naik lrt sekali sehaja. Naurah belum pernah bawa lagi.
Nak jadikan cerita, suami hantar kami ke Stesen Komuter
Kepong Sentral. Waktu beli tiket tak ramaipun. Pesan berulang kali juga kepada
Haziq dan Humaira untuk sentiasa memegang baju ibu. Dalam komuter tidak terlalu
ramai orang, jadi dapatla mereka duduk. Seronok Haziq dan Humaira melihat
keluar komuter. Cuma Naurah nampak terpinga-pinga. Bila sudah sampai di
platform, mereka semua berkelakuan baik.
dalam perjalanan ke kl sentral |
Alhamdulillah dipermudahkan apabila pelanggan yang hendak
ditemui sedang dalam perjalanan. Jadi tidak perlu menunggu lama dengan
anak-anak. Nak mudahkan mereka duduk diam, bawak ke Restoran KFC. Orang agak
ramai sebenarnya di Kuala Lumpur Sentral kerana ada cuti krismas pada hari ahad
ni. Azie dah mula berdebar. Memang diorang semua teruja sangat bila sampai di
Kuala Lumpur Sentral ni.
Dalam masa yang sama juga, Azie menghubungi seorang kawan
yang bekerja berhampiran dan memintanya datang. Jadi beliau memantau anak-anak
ketika berbual dengan pelanggan.
Kepentingan bertemu dengan pelanggan.
Bersama cik Zaa yang mendapat konsultansi jeragat |
Sebelum ni Cik Zaa ni menghubungi Azie untuk membeli Vitamin
C dan Vitamin E. setelah berbual barula tau yang Cik Zaa ada masalah jerawat
dan kulit muka berminyak. Jadi Azie cadangkan Beliau memilih Caratomax dan Gla
untuk membantu masalah jerawatnya. Vitamin E tidak sesuai untuk muka berjerawat
jenis berminyak. Kenapa?
Vitamin E Shaklee akan merangsang pengeluaran kilang minyak
lebih banyak. Sebagai agen antioksidan tinggi, jerawat akan keluar lebih banyak
untuk mengeluarkan toksin. Walaupun itu kesan sementara sahaja, tetapi mungkin
pelanggan akan risau. Jadi Azie akan ceritakan effect utama dahulu.
Gla complex pula berfungsi menstabilkan hormone.
Jerawat biasanya
akibat toksin berlebihan dan hormone tak stabil. Cik Zaa memberitahu yang
beliau selalu mengalami period pain ketika datang period. Jadi memang terdapat
dua masalah ini pada Cik Zaa. Memang perlukan Gla complex untuk stabilkan hormone
dan seterusnya membaiki kulit.
Caratomax untuk kulit ? Vitamin A dapat membantu memulihkan
dn menghilangkan parut jerawat. Ia juga mengelakkan lebihan pengeluaran sel di
lapisan kulit di mana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel
kulit mati menutup pori-pori kulit.
Alhamdulillah Cik Zaa berpuas hati dengan penerangan dari
Azie. Yang pastinya, Azie akan berikan konsultansi terbaik untuk pelanggan
Azie.
berada di kawasan lapang di kl sentral, ibu berbual dengan aunty dulu. |
Selepas keluar dari KFC, sempat bertemu dengan sahabat lama
di sini. Puan Azimah. Waktu berbual di tempat lapang pulak, sempatla Haziq dan
adik-adiknya berlari-lari. Pada Azie pula, janji mereka ada depan mata. Memang budak-budak
tak boleh duduk diam kan. Jadi jangan sekat kemahuan mereka untuk lebih aktif. tapi
kita pantau untuk tidak berlebihan.
Time to go back home. Nak beratur beli tiket balik memang
panjang tapi Alhamduillah service cepat juga. Ramai yang membeli tiket kerana
musim cuti memang selalunya ramai. Selepas pukul lima petang nanti, orang dari
pejabat sekitar akan keluar. Jadi kami perlu cepat beredar. Alhamdulillah dapat
membeli tiket sebelum jam lima petang.
Odw balik, Naurah diam sebab mengantuk. |
Lebih kurang sepuluh minit menunggu di platform, komuter ke
Tanjung Malim datang. Orang belum terlalu ramai. Jadi keadaan masih selesa.
Azie terus call suami untuk menunggu di Stesen Komuter Kepong. Tamatla
perjalanan kami di sini. Senang hati dapat bekerja sambil anak-anak di depan
mata kan.
Korang kalau nak buat sesuatu, niat yang baik- baik. jangan
cuai juga. Inshaallah dipermudahkan.
Jumpa lagi yer. Nak dapatkan konsultansi berkesan?
Jangan lupa
hubungi Azie di 016-3524104.
Salam Sayang.
COD sekitar Kuala Lumpur Sentral,
Comments
Post a Comment