7 Petua Hilangkan Jeragat –Bagaimana Cara Moden Yang Lebih Cepat Berkesan ?


Duit dah habis beratus ringgit namun jeragat atau juga dikenali sebagai pigmentasi atau bintik hitam tidak juga berkurangan. Malah wajah semakin gelap apabila jeragat merebak pada seluruh muka.

petua hilangkan jeragat


Nak cuba petua tradisional? Ada beberapa petua yang mungkin anda suka.

1.Getah bawang pudarkan pigmentasi

Selain menjadi rencah masakan, bawang juga berguna untuk membantu merawat masalah kecantikan yang dialami wanita. Caranya amat mudah, belah bawang merah kepada dua bahagian. Kemudian, secara perlahan-lahan gosok bawang tersebut pada bahagian yang berjeragat. Lakukan dua kali sehari, lihat hasilnya hilangkan jeragat.

2. Manfaat beras dan kunyit

Ambil setengah genggam beras, kemudian rendam semalaman. Tos dan tumbuk halus bersama satu sentimeter kunyit hidup. Selepas itu, gaulkan bahan tersebut dengan putih telur dan sedikit perahan lemon atau limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah sebagai masker. Lakukan berulang-ulang kali.


petua hilangkan jeragat

3. Kulit pisang berangan buat kulit sekata  

Sapukan wajah berjeragat  dengan kulit pisang berangan. Gosok bahagian dalam kulit secara perlahan-lahan, lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja jeragat dikatakan berkurangan malah kulit wajah menjadi sekata.

4. Hampas kelapa mencerahkan

Hampas kelapa jangan dibuang sebaliknya digunakan untuk merawat wajah dan tubuh. Gosok pada wajah yang bermasalah setiap kali mandi, hasilnya jeragat akan beransur hilang. Hampas kelapa juga boleh digunakan untuk menggosok tubuh. Ia membuatkan kulit lebih bersih dan cerah.

5. Susu tepung melembapkan

Jeragat sangat mudah menyerang wanita yang mempunyai kulit kering. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu minum air secukupnya dan gunakan krim yang mempunyai perlindungan matahari. Petua ini juga dapat membantu hilangkan jeragat dan bagi yang sudah mempunyai masalah tersebut, ia akan berkurangan. Bancuh sesudu susu tepung dengan air perahan limau nipis. Jadikan masker, sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.

petua hilangkan jeragat


6. Khasiat sirih muda

Petik beberapa helai sirih muda, simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi, gosok wajah yang berjeragat dengan sehelai sirih muda. Lakukan sehingga jeragat berkurangan, sirih juga membuatkan kulit anda lebih halus.

7. Kulit kayu manis licinkan wajah

Caranya mudah sahaja, asah kulit kayu manis dengan menggunakan belakang lesung batu atau pasu. Campurkan air kulit kayu manis dengan bedak sejuk, sapukan pada seluruh wajah. Anda juga boleh sapukan air kulit kayu manis ini secara nipis pada bahagian yang bermasalah. Manfaatnya jerawat akan kecut, jeragat akan pudar, parut juga hilang dan kulit akan menjadi lebih licin.   


petua hilangkan jeragat

Walaupun pelbagai petua boleh digunakan tetapi punca jeragat perlu dirawat dari peringkat sel lagi. Jika tidak dirawat dari dalam, jeragat akan kembali dengan mudah. Anda mahukan cara hilangkan jeragat lebih mudah?

Hanya bertukar kepada 2 vitamin yang sangat memudahkan tugas merawat jeragat dalam masa seawal 2 minggu.

petua hilangkan jeragat


GLA COMPLEX

-Bertindak sebagai antioksidan semulajadi yang meningkatkan sistem imuniti tubuh.
- Mengandungi vitamin E yang membantu pemulihan kulit.
- Mengawal keseimbangan hormon dalam badan.
- Mengurangkan rasa gatal atau rasa kurang selesa pada kulit.
- Mengatasi kulit kering ataupun kulit yang terlalu berminyak.
- Membaiki dan memudarkan bintik hitam yang menghasilkan jeragat.
- GLA Complex ini berbentuk softgel berwarna kuning. Ia sangat mudah ditelan dan tidak mempunyai sebarang bau.

petua hilangkan jeragat



SUSTAINED RELEASED VITAMIN C

- Vitamin C yang natural & selamat.
Sustained Released bermaksud vitamin C ini kekal di dalam darah selama 5 jam untuk setiap pengambilan.
- Teknologi tersebut membuatkan tubuh dapat menyerap sepenuhnya vitamin tersebut.
- Meningkatkan penghasilan kolagen untuk kulit yang sihat, tegang & cantik.
- Menyekat pembentukan pigmen gelap yang membentuk jeragat.
- Meningkatkan kadar pemuliharaaan kulit terutama dari sunburn @ sel kulit mati.
- Kesan bekas parut jerawat juga akan pudar. 
- Vitamin C ini berbentuk tablet dan sedikit masam. Ia tidak mempunyai rasa pahit atau manis.

Berkesan ke?

Produk di pasaran kebanyakannya hanya berfungsi mencerah sehingga kebanyakan kulit muka menjadi nipis tetapi bintik hitam tetap tidak hilang. Produk ini tidak membantu merawat punca jeragat iaitu masalah hormone dan masalah kulit yang sukar pulih.

Penggunaan pencuci muka hanya berkesan untuk mencuci dan mencerahkan permukaan kulit sahaja. Untuk kesihatan kulit puan, supplement mesti di ambil untuk merawat kulit dari dalam dan seterusnya menghilangkan terus punca jeragat.


Testimoni Jeragat

petua hilangkan jeragat





petua hilangkan jeragat







Dapatkan set jeragat anda menggunakan kad debit/ kredit di sini.

Atau boleh hubungi Azie di talian 016-3524104 untuk lebih promosi.

Salam sayang.

Aziah Abdul Ghani
Sid 1025553
Pengedar Shaklee Kawasan Kuala Lumpur Sentral, Kepong, Sungai buloh, Sri Damansara dan Sekitar Kawasan Berdekatan.








Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu