10 Tips Mudah Untuk Wanita Sihat
Kesihatan tubuh sangat penting bagi wanita aktif. Walau
bagaimanapun, kesibukan menjadi penghalang. Selain mengamalkan vitamin, anda
dinasihatkan mengikuti 10 tips ini.
1. Berhenti Merokok atau Menjadi Perokok Pasif
Sekiranya anda seorang perokok wanita, tolong hentikannya.
Kerana merokok merupakaan salah satu penyebab kematian di Amerika Syarikat.
Jika anda merokok, risiko untuk diserang penyakit jantung dan kanser amat besar
terutamanya jika anda merancang keluarga. Siapa kata alat perancang tidak
bahaya? Jika anda tidak merokok, pastikan tidak berada di persekitaran yang ada
asap rokok samaada di rumah atau tempat kerja.
2. Kawal Berat Badan
Tubuh ramping selain sedap dipandang mata, ia memberi
manfaat yang besar kepada kesihatan. Dalam kajian yang dibuat oleh pakar
kesihatan, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan berpotensi besar untuk
diserang tekanan darah tinggi.
Sekiranya anda termasuk dalam kategori wanita
terlalu gemuk terutama di bahagian pinggang, anda berisiko untuk diserang
diabetes , jantung dan strok. Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat ,
gula dan makanan lemak berlebihan.
3. Jaga kadar kolesterol
Jantung adalah organ terpenting dalam tubuh namun organ ini
mudah mendapat serangan jika tidak diberikan perhatian serius. Kolesterol
adalah faktor terbesar untuk mendatangkan penyakit kepada jantung. Juga secara
tidak langsung boleh meningkatkan serangan strok.
Jangan ambil mudah dengan
kelesterol. Menurut Persatuan Jantung di Amerika Syarikat, wanita berusia 55
tahun ke atas berisiko untuk mendapat kolesterol lebih tinggi berbanding kaum
lelaki.
4. Banyakkan Makan Sayur
Sayur dan buah-buahan kaya dengan serat,
kandungankolesterolnya juga rendah. Beberapa kajian daripada pakar pemakanan
mendapati orang yang mengambil banyak buah dan sayuran kurang mengalami risiko
serangan kanser.
5. Kurangi Lemak
Pakar diet menyarankan kepada wanita yang ingin menjalani
hidup lebih sihat agar dapat mengurangkan 30 peratus lemak berbanding kalori.
Sumber lemak antaranya ialah keju, marjerin, minyak masak, daging dan produk
tenusu.
Sebaik- baiknya gunakan minyak zaitun untuk menggoreng. Bagaimanapun
jangan sama sekali mengelakkan lemak dalam diet anda kerana zat ini tetap
diperlukan oleh badan.
6. Rehat Yang Cukup
Tubuh sangat penting untuk rehat. Anda boleh melakukan
beberapa cara seperti meditasi, menarik nafas panjang-panjang dan dalam. Jalan
kaki atau bersantai sambil membaca buku-buku yang menenangkan fikiran.
7. Ujian Pap Smear Secara Teratur
Ujian ini akan mengesan perubahan pra-kanserpangkal rahim
peringkat awal. Terapi awal dalam situasi ini akan mencegah kanser daripada
merebak.
8. Bersenam
Bersenam sangat membantu untuk menjadikan hidup anda sihat.
anda juga akan lebih produktif jika tubuh sering digerakkan dengan senaman.
Kajian mendapati bahawa perubahan yang sederhana dalam rutin harian akan
memberikan keuntungan pada kesihatan.
Cuba fikir beberapa cara kreatif untuk
menggerakkan tubuh anda sambil mengeluarkan peluh jika tidak berpeluang
bersenam. Cara paling mudah ialah jalan kaki, naik tangga dan mengemas rumah.
9. Periksa Tekanan Darah
Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko
diserang penyakit jantung. Bertemula dengan doctor untuk mendapatkan
langkah-langkah yang harus diambil untuk mengawal tekanan darah.
10. Periksa Payudara Secara Teratur
Temui doctor untuk memeriksa kesihatan payudara anda secara
teratur. Pengesanan awal merupakan usaha mencegah yang amad dianjurkan.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Keperluan vitamin untuk membantu kehidupan seorang wanita aktif sangat diperlukan. bagaimana dengan anda? wanita aktif yang ingin kekal sihat?
WA Azie di 016-3524104.
Sid Shaklee 1025553
Sid Shaklee 1025553
Comments
Post a Comment