Serangan Jantung Kepada Lelaki Muda. Kenapa Terjadi?

Saya terkejut bila seorang ahli keluarga terdekat baru - baru ni excident ketika membawa lori dan meninggal. Lebih terkejut lagi apabila kematiannya tanpa sebarang luka tetapi mati mengejut akibat serangan jantung. Umur 30 tahun.



Sudden Death.

 Kematian tiba-tiba meninggalkan trauma kepada waris.

Kalau tau lebih awal?

 Kita semua akan menjaga kesihatan masing-masing. Supaya kita dapat hidup sihat lebih lama InshaAllah. Jom kita lihat punca sakit jantung di usia muda.

Fakta Punca Serangan Jantung Di Usia Muda.

Menurut Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, 47.7 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi.

Berbanding pada tahun 2011, hanya pada peringkat 32.6 peratus.

Perubahan cara hidup sangat penting. Perlu lebih banyak senaman, pemakanan sihat dan tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Penyakit jantung merupakan pembunuh no.1 di Malaysia. Dan kematian tiba-tiba ( Sudden Death) bukan lagi perkara luar biasa. Pengalaman saya turut melibatkan orang yang saya kenal.

Jika anda antara mereka yang berisiko penyakit jantung, dapatkan pemeriksaan segera untuk pengesanan awal. Ia mampu menyelamatkan nyawa dan mengelakkan anda mengalami sudden death. Ia membantu orang-orang yang anda sayang juga.

80 Peratus Lelaki Muda Berisiko.

Menurut Dr Beni Rusani (Pakar Jantung IJN), faktor menyebabkan serangan jantung ini diakibatkan penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dalam badan, faktor merokok, kurang bersenam dan obesiti.

antara faktor tersebut, tiga faktor tidak dapat ditukar iaitu umur, jantina dan sejarah keluarga. Mejadi lelaki meletakkan mereka lebih berisiko berbanding wanita.

Wanita ada hormon estrogen yang melindungi mereka dari serangan jantung. Hormon ini istimewa sedikit dan mereka hanya berisiko tinggi selepas putus haid. Ketika hormon tersebut sudah tiada. Oleh itu kurang mendapat berita yang wanita muda mendapat serangan jantung berbanding kisah lelaki muda yang sering kita dengar.

Menurut Dr lagi, penyakit jantung tidak sama dengan serangan jantung. Serangan jantung lebih kepada penyempitan aluran jantung akibat kolesterol dan lemak. Saluran darah menjadi sempit dan keras.

Jika ia berlarutan, pengaliran darah akan menjadi sempit akibat tersekat dengan lemak tadi. Ia akan mengakibatkan sakit dada kerana darah tidak akan dapat di pam seperti biasa.

Mereka yang mengalami masalah jantung akan diberi ubat pencair darah, kolesterol dan lain-lain oleh doktor.

Menurut Dr Effarezan Abd Rahman (Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia), turut mengiakan yang 80% pesakit jantung muda terdiri dari lelaki. Menurut Dr Effarezan menyarankan untuk :

1) Makan secara sihat. Pelbagaikan pemilihan makanan yang betul. suku suku separuh. Isikan dahulu sayur separuh, suku protin yang kurang lemak, dan akhir sekali karbo sesuku (nasi)

2) Sentiasa aktif, bersenam 150 min seminggu.

3) Tidak merokok atau vaping yang merosakkan paru-paru dan menambahkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan kanser.

4) Menangani stress dan kawal perasaan marah.

( Sumber Sinar Harian)

Mengambil supplement kesihatan manjadi satu keperluan bila kita sukar untuk mendapat zat dan nutrisi yang cukup dari makanan sebenar. Dari pemakanan yang berkhasiat juga membantu melindungi dan menyihatkan jantung. Mencegah sebelum kena.

Nak tau lebih lanjut mengenai supplement? Klik

Vitamin Semulajadi Yang Meningkatkan Kesihatan Jantung.


Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu