Betul Ke Soya Bahaya Dan Menjadi Punca Penyebaran Kanser?


Banyak cerita pasal soya ni kan. Ada yang pelbagai versi yang berbeza. Samaada ianya bahaya atau tidak. Begitu juga dengan kebanyakan pelanggan yang menolak apabila Azie mencadangkan ESP sebagai penyelesai masalah mereka. Persoalannya kenapa soya yang menjadi ketakutan ramai wanita di luar sana?

betul ke soya bahaya?




Tahukah anda, penduduk Jepun yang tinggal di kawasan pergunungan mampu hidup dengan sihat biarpun sudah berusia 100 tahun? Makanan ruji mereka ialah soya. Tetapi mereka hanya mendapat soya non gmo sahaja yang ditanam sendiri. Jadi perbezaan soya yang berada di pasaran sekarang ialah soya non gmo dan soya gmo.



kacang soya masih di dalam kulit


Soya gmo merupakan soya yang banyak di pasaran yang dijual dalam kotak mahupun soya yang telah dikeringkan menjadi tepung. Soya gmo sememangnya dijual dengan meluas dan murah. Kenapa di panggil soya gmo (Genetically Modified Organism) ? Soya Gmo telah diubahsuai secara genetik lagi untuk menghasilkan kacang soya yang lebih banyak dan boleh dijual dalam tempoh yang singkat. Apabila dihasilkan dari gmo, kualiti kebiasaannya tidak dijaga rapi kerana matlamat pengusaha adalah mendapatkan keuntungan semata-mata.

Kehilangan nutrisi ditambah lagi dengan tempoh tuaian awal dari tempoh matang. Sewaktu penyimpanan dan pengangkutan jugak nutrisi perlahan-lahan hilang. Jika kita ingin membuat soya di rumah contohnya. Pastinya soya tersebut dimasak dengan agak lama untuk menyedapkan rasa susu soya tersebut. Azie juga pernah membuatnya di rumah.

Jadi protin soya dimasak sehingga sesedap rasa. Rupa-rupanya dengan memanaskan susu soya tersebut, nutrisinya semakin hilang dan Cuma tinggal sebatian protin yang hangus. Sememangnya protin yang telah hangus apabila kita makan atau minum, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan. Itu yang diproses sendiri, begitu juga jika produk kacang soya dikilangkan. Apa yang kita minum Cuma sebatian protin soya yang telah masak.

kacang soya yang sudah sedia untuk diproses


Apakah soya non gmo pula? ESP merupakan produk makanan tambahan protin pertama di dunia yang dicipta berasaskan makanan tambahan. Uniknya ESP ini dihasilkan dari 30kg kacang soya untuk mendapatkan 1 tin ESP seberat 850g. ESP mempunyai kajian klinikal yang komprehensif dan memiliki produk tertinggi yang pernah dihasilkan.

ESP dihasilkan dari kacang soya yang terpilih yang tidak menggunakan sebarang penggalak makanan dalam penanamannya. Kemudian ESP diproses dengan suhu yang rendah kerana tidak mahu protin soyanya terjejas. Sesetengah protin soya dihasilkan dengan menggunakan alcohol. Cara ini bukan saja menghilangkan isoflavones yang bermanfaat malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan.

Susu soya menjadi penyebab kanser? Soya ESP mengandungi sebatian penentang kanser iaitu Isoflavon. Ia mungkin dapat mengurangkan risiko kanser yang ada kaitan dengan hormone. Malah, sejenis soya yang dikenali sebagai genistein dijumpai hanya di dalam protin soya. Ia telah dibuktikan sebagai dapat menghalang perkembangan kanser yang menjadi pembunuh nombor dua bagi wanita dan lelaki iaitu kanser payudara dan prostat.

Penduduk Asia mempunyai diet yang kaya dengan soya. Oleh itu mereka mempunyai kadar kematian akibat kanser payudara dan kanser prostat 10 hingga 20 kali lebih rendah daripada Amerika. Satu kajian penting di Singapura menunjukkan didapati mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidapi kanser payudara berbanding dengan mereka yang tidak memakannya. Satu kajian ke atas kaum lelaki keturunan Jepun yang bermastautin di Hawai menunjukkan bahawa memakan soya merupakan satu faktor tunggal yang mengurangkan risiko mereka daripada kanser prostat.

Ini sesekali bukan disebabkan faktor genetic kerana kumpulan yang sama ini mula makan diet orang Amerika, tidak lama kemudian mereka mula menghampiri paras kanser payudara dan prostat yang dialami oleh orang Amerika Utara.

Oleh itu, anda perlu mengurangkan produk-produk binatang yang berlemak daripada diet anda dan sebaliknya gantikan dengan makanan tambahan soya seperti ESP untuk menambah kembali protein itu.

Anda boleh memilih soya bagaimana yang anda inginkan. Samaada mempunyai sebatian protin yang sudah dimasak yang berisiko kanser ataupun soya yang mempunyai kajian menyeluruh dari seluruh dunia untuk menguji keberkesanannya.

Bagaimana nak dapatkan ESP protein ini? boleh segera hubungi Azie di 016-3524104 atau buat pembelian online anda dengan klik di sini.

Salam sayang.

SID : 1025553

COD : Bandar Sri Damansara, Kepong, Kuala Lumpur Sentral, Bandar Sungai Buloh dan kawasan sekitar. Pos ke seluruh Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish