DIET! DIET ! DIET ! KURUS TANPA PERLU BERLAPAR
Situasi A.
“saya dah setahun tak makan nasi. Makanan
berminyak,berlemak, makanan ringan dan banyak lagi semua saya elakkan. Sebab itu
dalam masa tiga bulan berat saya turun dengan banyak. Tak perlu susah payah ke
gim atau membuat senaman pun boleh kurus cepat. Masalahnya sekarang, saya rasa
badan saya cepat letih dan tidak bermaya.”
Situasi B.
“Saya mengamalkan senaman secara
berkala, menjaga pengambilan kalori serta mengambil vitamin tambahan yang sesuai.
ambil masa Saya sangat berpuas hati apabila hasilnya memuaskan dan tidak
terlalu menjejaskan selera saya. Saya rasa badan lebih cergas dan ringan. Sekaligus
saya masih tetap boleh langsing. Syaratnya amalkan pemakanan yang sihat dan
seimbang serta lakukan aktiviti senaman.”
Situasi A dan B masing-masing Berjaya menurunkan berat badan
ke tahap yang diingini. Biarpun kedua-dua cara menunjukkan perubahan positif dalam
proses menurunkan berat badan. Cara B ketara lebih bermanfaat tetapi ramai
yangmasih mengamalkan cara A.
Sebenarnya anda tidak perlu memusuhi makanan kerana makanan
merupakan keperluan asasi manusia untuk membekalkan tenaga dan zat-zat yang
diperlukan tubuh. Jika anda berbuat demikian hanya lebih menyeksa diri dan
lebih tertekan. Bimbang terlalu obsess menyebabkan anda mengidap aneroxia. Oleh
itu lebih baik bersederhana sahaja dalam mengambil makanan. Anda boleh
mengelakkan penyakit kronik yang banyak berpunca dari makanan.
Diet ekstrem secara melampau sehingga sanggup berlapar demi
untuk mencapai matlamat menguruskan badan lebih banyak memberi keburukan kepada
anda sendiri. Ramai yang terperangkap dengan mengelakkan mengambil makanan
berat untuk elakkan gemuk tetapi beralih kepada makanan ringan.
Walau bagaimanapun itu bukak cara yang baik. Ia boleh
mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Lebih teruk apabila diet keterlaluan
akan menjadikan tubuh lesu dan tak bermaya. Untuk kurus tidak perlu terlalu
mengikut perasaan sehingga mengelakkan makanan kegemaran anda sendiri. Seharusnya
anda menjaga diet dan pengambilan makanan tetapi bukan mengelakkan makanan.
Ini kerana anda perlu memastikan gula, lemak dan segala nutrisi
lain masih diterima oleh tubuh walaupun anda sedang berdiet. Ini untuk memberi
tenaga dalam aktiviti seharian dan zat kepda tubuh. Dengan tenaga yang
mencukupi tubuh akan menukarkan protein otot kepada tenaga untuk ‘sumber
makanan’ kepada otak, sistem saraf dan sel darah merah.
TIPS PEMAKANAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN
1) Makan perlahan-lahan. Ini keranaperut
mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk memberitahu otak yang anda sudah
kenyang.
2) Makan buah-buahan seperti epal dan
sayuran mentah seperti lobak merah. Makanan seperti ini boleh melambatkan kadar
pemakanan anda.
3) Nikmati hidangan dengan minuman panas
atau suam untuk membantu anda berasa kenyang.
4) Pastikan anda minum
sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
5) Makan buah-buahan 30 minit sebelum
menu hidangan utama.
6) Jika masih berasa lapar, nikamti snek
sihat seperti bertih jagung, roti, buah-buahan, yogurt atau kekacang.
7) Ambil makanan yang rendah lemak
seperti susu rendah lemak dan sebagainya.
8) Banyakkan bergerak walaupun di dalam
rumah setiap hari dapat membakar kalori.
9) Pentingkan sarapan pagi supaya anda
tidak keterlaluan makan dengan banyak di waktu tengahari.
cara mudah mengambil vitamin tambahan yang diperlukan oleh tubuh untuk memelihara kesihatan anda.
hubungi Azie : 016-3524104 / 012-6013733
salam sayang.
Comments
Post a Comment