NAK KURUS TANPA UBAT-UBATAN PELIK ?
CARA KURUS
TANPA UBAT-UBATAN
Anda mungkin
boleh berpandukan tip-tip mudah tanpa perlu mengeluarkan modal besar. Asalkan
anda mendisiplinkan diri mengikutinya.
1) Jangan berlapar. Makanan memberi kita
tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh
akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini
akan menyebabkan metabolism tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan
berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan lebih banyak. Pada masa ini,
walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali normal, tetapi metabolism
tubuh masih rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang
sama lagi.
2) Ambil sesuatu yang pahit sebelum
makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini
menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi
menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan asid HCL di dalam perut
boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadamannya.
3) Minum 8 gelas sehari. Air
mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu memetabolismakan
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan berat, cuba minum putih.
Pasti anda tidak akan makan banyak.
4) Elakkan minum minuman bergas. Minuman
bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5) Kurangkan pengambilan garam.
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda
kurang berat badan yang disebabkan air.
6) Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh
menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding
dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ini terjadi ? sarapan pagi
menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolism juga meningkat
untuk membakar kalori.
7) Makan perlahan-lahan. Nikmatilah
makanan perlahan-lahan dan jangan gelojoh. Keran apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkn kepuasan.
8) Kunyahlah makanan kepada cebisan
lebih kecil sebelum menelan kerana ini lebih mudah dihadam. Biar makan dalam
kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali,dua tetapi dengan kuantiti
yang banyak.
9) Kurangkan pengambilan marjerin dan
mentega dalam makanan anda. Kalau boleh,
10)Kurangkan menggunakan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh usah ada dalam
peti sejuk anda.
11) Apabila
makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana
minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral,
serat dan kandungan lemak yang rendah.
12)
Jangan
timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan Nampak perubahannya.
Jika anda minum banyak dan waktu itu anda timbang, berat badan pasinya
meningkat. Mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
13) Ambil
makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili dan biji sawi didapati
membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman,
malah ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
14)
Pilih
lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin dan hasil bijirin
mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
15)
Simpan
satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan.
Rekodkan dalam sehari, berapa banyak anda makan, tahap kelaparan yang
memerlukan anda makan dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka
kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan
kenal pasti di mana anda boleh membuat atau baiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih
sihat. Diari ini juga lebih focus dan lebih komited terhadap pelan diet anda.
Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah buat catatan anda.
16)
Ketika
memilih piring makanan, ambil piring yang rata dan bukan piring cembung. Ambil
sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk
dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa,
makanla di meja makan dan jangan sembarangan tempat apatah lagi sambil menonton
tv. Sebab semakin menarik program tv, semakin banyak anda makan.
Pelan kurus
tanpa ubat-ubatan merbahaya boleh dijayakan jika anda tau cara yang betul dan
tidak membebankan kehidupan seharian. Mungkin anda yang ingin berdiet ini
terdiri dari ibu menyusu, ibu pantang, gadis yang berdiet untuk bergaya di hari
perkahwinan mahupun pekerja di pasaraya. Oleh itu pelan diet anda, anda dan anda
tidak sama. Bagaimana ingin tentukan ?
Hubungi azie di
016-3524104 @ 012-6013733.
Salam sayang.
(sumber-majalah mingguan wanita)
Comments
Post a Comment