14 PETUA SIHAT UNTUK DIET
Bertubuh
langsing dan menawan menjadi impian setiap wanita. Walaupun tidak mudah untuk
dilakukan tetapi ramai wanita di luar sana rela menahan lapar dan bersenam
berjam – jam lamanya untuk mendapatkan tubuh impian mereka. Diet yang baik
bukan sahaja sekadar menahan diri daripada lapar sebaliknya jadual pemakanan
yang sihat dan teratur berpandukan peringkat umur dan aktiviti seharian adalah
lebih berkesan.
14 tips yang
boleh membantu anda.
1) Elakkan berfikir tidak menyentuh makanan
adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Makanlah secukupnya dan atur
keperluan kalori secara bijaksana. Potong buah buahan kegemaran anda dalam
potongan kecil untuk menggantikan makanan ringan yang tidak sihat.
2) Elakkan mengunyah makanan ringan
terus dari balang makanan tersebut. Sebab anda tidak sedar berapa banyak yang
sudah anda masukkan ke dalam mulut. Seeloknya masukkan ke dalam piring atau
ambik hanya segenggam. Kemudian jauhkan balang itu dari anda J
3) Jika anda menggemari roti, pilihlah
yang berserat. Elakkan dari makanan mengandungi lemak lebih dari 10 peratus.
Jika membeli dalam bentuk peket, baca label kandungan bahan yang digunakan
dalam makanan tersebut.
4) Mentega mengandungi lemak tepu.
Elakkannya atau ganti dengan mentega rendah lemak. Catatkan makanan yang anda
makan selama 2 minggu. Percayala anda pasti terkejut.
5) Bawalah botol air minuman ke manapun anda pergi. Dengan cara
ini, anda tidak akan mengalami kekurangan air dalam badan. Cara ini juga secara
tidak langsung mengurangkan sedikit keinginan anda untuk memilih minuman
bersoda atau minuman bergula. Cuba detoxification untuk mengeluarkan racun dari
badan. Minum banyak air mineral dan air putih.
6) Makanan ringan secara teratur, baik
untuk mencegah makan tengahari atau makan malam yang berlebihan. Cari pasangan
atau teman yang ingin diet bersama. Cara ini akan membuatkan anda saling
memotivasikan.
7) Berusaha untuk menyiasat kebiasaan
yang boleh merosakkan program diet anda. Sekiranya anda biasa mengunyah roti
dalam perjalanan ke gim, buangkan tabiat tersebut.
8) Masak sayuran rendah kalori tetapi
jangan dimasak terlalu lama kerana ia boleh mengubah kandungan khasiat dan zat
yang ada dalam sayuran tersebut. Belilah pengisar jus dan mulalah membuat jus
kegemaran anda. Jangan lupa untuk mencuba jus sayuran. Jus ini lebih vitamin
dan fruktosa.
9) Jika anda terbiasa makan besar setiap hujung
minggu , usahakan menyimpan makanan ringan rendah lemak dan kalori dalam peti
ais atau kabinet dapur anda. Pilihla bahagian paling kecil di retoran.
10)
Ketika
haid, keinginan untuk makan bertambah. Makan kacang badam untuk meneutralkan
keinginan itu. Badam memberi banyak protein dan mengurangkan keinginan
mengunyah makanan manis. Ingin makan coklat ? pilihlah coklat rendah lemak !
11) Jangan
sesekali menganggap bahawa salad itu selamat dimakan. Ini kerana makanan
tersebut dikombinasikan dengan mayones dan keju. Pilihla saleri sebagai teman
diet yang setia mulai sekarang.
12) Pilih
makanan yang direbus, berkuah, dikukus atau dipanggang sebelum anda memilih
makanan yang digoreng. Gunakan sepit untuk memperlambatkan cara makan anda.
13) Berus
gigi jika keinginan mengunyah timbul. Rasa makanan menjadi kurang enak selepas
anda memberus gigi.
14)
Perhatikan
bagaimana wanita langsing memesan makanan. Ambil tau dan jadikan rahsia mereka
sebagai rahsia anda.
Berikut
telah disenaraikan petua-petua diet yang sihat. Berminat untuk tau lebih lanjut
cara SHAKLEE menguruskan badan ? sila whatsapp di 016-3524104 @ boleh telefon
saya di talian 012-6013733.
Salam
sayang.
Comments
Post a Comment