16 Amalan Diet Dapat Menentang Kanser





haziea83.blogspot.com
Beberapa jenis makanan telahpun dikaitkan dengan penyebab kanser. Ini tidak menyebabkan kanser secara langsung tetapi apabila pelbagai jenis kanser ditemui, makanan –makanan inin sering dijumpai dalam diet mangsa kanser itu. Nyawa anda mungkin berada di dalam mulut anda dan lidah anda.


APAKAH MAKANAN YANG SELALU MENJADI PUNCA KANSER?

1) Daging merah – hadkan pengambilan daging merah kepada 80g sehari. Cuma anggap daging merah sebagai penambah kepada hidangan anda. Bukan hidangan utama.

2) Kulit ayam atau itik – cari ayam kampong yang tidak diberi makan antibiotik ataupun hormon-hormon yang merangsang pertumbuhan.
 
3) Daging organ dalaman – seperti ginjal, hati, otak dan lain-lain.

4) Produk tenusu yang tinggi lemak.

5) Makanan yang tinggi lemak tepu – lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovary dan payudara.

6) Kurangkan atau elakkan makanan bergoreng, dibarbeku dan disalai. Jangan makan makanan hangus dan berminyak. Stim ataupun rebus lebih selamat.

7) Makanan yang mengandungi perisa, pewarna, dan pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan yang dijeruk, makanan awetan dan semua makananyang diproses dan di tinkan.

8) Pemanis kimia seperti sakarin dan siklamat.

9) Jangan makan makanan yang telah berkulat.

10) Berhenti makan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser, anda dapat memperlahankan pertumbuhan kanser.

11) Minyak memasak, marjerin dan produk-produk komersil yang berminyak dan mengandungi asid lemak trans ( minyak yang dihidrogenkan atau separuh hydrogen)

Wah, banyak sungguh makanan yang tidak boleh dimakan. Jadi apa lagi yang tinggal untuk dimakan? Jangan risau. Masih banyak lagi makanan yang boleh dimakan. Berikut merupakan rancangan pemakanan yang sihat.

1)Kulit ayam itik mestilah dibuang.

2) Makan banyak sayur-sayuran jenis krudifer seperti brokoli, kobis Bungan. Pak choy, turnip, kubis dan kubis Brussels. Kukus atau makan secara mentah untuk mengekalkan nutrient-nutrien yang menentang kanser.

3) Makan sekurang-kurangnya tiga hidangan ikan air sejuk seperti salmon, tuna, tenggiri , halibut dan ikan kod. Ikan- ikan ini mengandungi asid lemak omega 3.

4) Dapatkan banyak gentian daripada sayur-sayuran, buah-buahan, kacang-kacang dan bijirin lengkap.

5) Masukkan ke dalam diet anda produk-produk soya seperti taufu , miso dan tempe secara kerap.

6) Beli makan organik lebih baik.

7) Masukkan ke dalam diet anda kulat-kulat jenis Jepun seperti  “maitake” dan “shiitake”.

8) Makan banyak jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar,bijirin, bijian, kekacang dan legum. Jangan makan karbohidrat yang telah diproses dan ditapis. Makan makanan sehampir dengan semulajadi yang boleh. Ia mengandungi fitokimia yang bertindak sebagai antioksidan, contohnya keratenoid dan flavonoid yang memberi perlindungan daripada kerosakan selular dan menyekat pertumbuhan kanser.

9) Makan banyak sayur-sayuran jenis alium seperti bawang putih, bawang merah, kucai dan daun bawang.

10) Sentiasa minum banyak air bersih. “ air paip kita sekarang ini kelihatan seperti sup kimia” kata Harvey dan Marilyn Diamond dala buku mereka “ Living Health”. Saya mengesyorkan penggunaan unit “ reserve osmosis” untuk menapis air minum.

11) Makan hidangan yang kecil-kecil tetapi kerap. Ia membantu menstabilkan paras gula darah dan mengurangkan terpaan insulin.

12) Jangan makan makanan yang tidak mahu bertunas dan mereput. Makanan yang mempunyai tempoh masa yang panjang tidak akan menyuburkan badan kita.

13) Makanlah Alfalfa iaitu sejenis makanan lengkap. Sesetengah saintis menyifatkannya sebagai “makanan masa depan”. Ia mengandungi  65% protein sayuran dan keseluruhan spectrum vitamin dan mineral, mineral, fitonutrien , antioksidan dan klorofil yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser. Para saintis di Pusat Penyakit Kanser dan Kardiovaskular Osaka telah mengesahkan bahawa mengambil alfalfa akan memberikan kesan positif kepada sel imun yang menentang kanser dalam badan. (Journal Of International Immunopharmacology jilid 2 nombor 4).
 Nak tau lebih lanjut mengenai alfalfa? klik sini.

14) Kurangkan minum minuman yang bergula. Begitu banyak minuman yang dihidangkan mengandungi gula putih yang berlebihan. Kebiasaannya apabila keluar makan bersama keluarga dan kawan-kawan, pastinya akan memesan minuman bergula.
 
15) Makan makanan snek secara berhemah. Snek seperti keropok, cip kentang, kuih, kek dan segala jenis kudapan adalah sarat dengan lemak , gula dan natrium.

16) Apabila makan di luar, pilih makanan yang bijak. Apabila memilih makanan,utamakan makanan yang dimasak dalam sup yang bersih, dikukus atau dipanggang.

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu