Risiko Pengidap Kencing Manis Dan Darah Tinggi - Hemodialisis


Assalamualaikum.

 Rata-rata warga emas ketika ini mengalami masalah kencing manis dan darah tinggi. banyak pula yang mengidap keduanya sekali. Apabila sudah menghadiri temu janji cinta dengan doktor setiap bulan, sudah tentu terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang masa.
Rata-rata pesakit yang ditanya. Ramai menyesal cakap "bila tak jaga darah tinggi dan kencing manis, doktor atau jururawat hanya beritahu nanti sakit buah pinggang susah. Tapi tak beritahu tentang hemodialisis."
Statistik pesakit meningkat sangat drastik tahun demi tahun dan kita perlu melakukan sesuatu kerana penyakit buah pinggang ataupun kidney failure 'merampas' masa, kesihatan dan duit anda. tentunya juga orang tua yang kita sayangi merana.

Apabila kedua-dua buah pinggang rosak, ada beberapa perkara yg kita tak boleh elak.
1. Melakukan Dialisis setiap minggu.

2. Akan bergantung kepada ubat sepanjang hayat.

3. Badan makin lemah akibat dialisis dan makan ubat tetapi untuk jangka hayat buah pinggang, proses itu terpaksa dilakukan.

4. Tidak boleh mengambil sebarang makanan yang tidak bersesuaian dan pantang banyak jenis makanan.

5. Belanja duit yang sangat banyak tentunya kerana kerajaan tidak dapat menyediakan pusat dialisis yang cukup banyak secara percuma. Indusri perubatan merupakan antara industri yang maju ketika ini.

Memandangkan ramai kurang pasti apa peranan Pusat Hemodialisis. Apakah peranan pusat Hemodialisis ini?

Haemodialysis/hemodialisis Haemo=darah. Dialysis=cuci. 
Hemodialisis adalah pusat mendapatkan rawatan cuci darah dan menyingkirkan air dalam badan untuk pesakit meneruskan kehidupan bagi kes kerosakan kedua-dua buah pinggang.
Waktu rawatan 3x seminggu, 4 jam 1 sesi. 
Kos rawatan rm200-350 setiap sesi. 

Rm2000-4200 sebulan‼️ 
Leher anda akan ditebuk, dimasukkan tiub untuk tujuan cuci darah & ianya sangat tidak selesa dan mudah dijangkiti kuman jika tak dijaga dengan baik. Tiub akan disambung ke mesin dialisis untuk proses pembersihan darah dan penyingkiran air berlebihan dalaam badan.

Sebab apa buah pinggang rosak?

-Penyakit kencing manis & darah tinggi yang diabai dan tidak dirawat.
-cedera bahagian buah pinggang yang mengakibatkan buah pinggang tidak berfungsi secara normal.
-mengambil ubat penahan sakit ataupun paracetemol berlebihan.


Antara kekurangan/risiko kegagalan buah pinggang‼️
-Mata cepat kabur dan mengalami selaput.

-Tulang mudah reput dan tidak kuat.

-Risiko serangan jantung mendadak.

-warna kulit berubah menjadi gelap.

-Terpaksa bergantungkepada ubat sepanjang hayat.

-Mandul kerana proses dialisis akan mengganggu kesuburan.

-Mati pucuk bagi si lelaki.

-Tidak boleh minum banyak air dan makanan sepanjang hayat.

-Pengambilan makanan dan minuman tak boleh lebih 3kg untuk 2 hari atau anda akan sesak nafas (terus ke hospital).

-Tak boleh melakukan aktiviti lasak dan kerja berat. 

-Susah untuk melakukan aktiviti luar ataupun keluar kawasan kerana perlu mengadakan dialisis mengikut jadual yang ditetapkan.

Apa yg anda perlu lakukan utk elak Hemodialisis?

-Amalkan pemakanan seimbang. Lebihkan buah & sayur setiap hari.

-Digalakkan makan supplement. 

-Minum air mineral atau air suam dengan kerap.

-Senaman kardio minimum 30 minit seminggu (jogging, cycling & sebagainya).

-Tidur cukup (12am-3am waktu tidur terbaik) tidur 5-8 jam bergantung kepada anda.

KURANGKAN‼️

-'processed food' atau makanan segera seperti sosej, burger, dan lain lain.


-Makanan tinggi lemak, perasa makanan dan sos.

-Air gas yang manis, susu pekat, garam, gula.

- Ubat penahan sakit . 

-Makanan dalam tin.

-Stress juga perlu dielakkan.

Inilah punca utama diabetes, hypertension & diakhiri dengan kegagalan buah pinggang.
Jika anda menghidap darah tinggi, kencing manis, jangan meninggalakn ubat dan insulin seperti yang diarahkan doktor. Amalkan gaya hidup sihat. Masih belum terlambat.
Tapi jika ditakdirkan buah pinggang rosak, terimalah dengan redha kerana ALLAH Maha Mengetahui.
Jaga badan, tegas dalam penjagaan makanan & sayangilah keluarga anda. Cegah sebelum terlambat! Menyesal kemudian tiada guna.
Untuk maklumat lebih lanjut, google haemodialysis, hypertension, diabetes, peranan buah pinggang.

Atau boleh melawat pusat dialisis berdekatan.
Harap info ni dapat membantu. Terima kasih.

(sumber Fb)

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu