Bengkel Nutrisi – Biar Pakar Menjawab Masalah Kesihatan moden

Bengkel Nutrisi – Biar Pakar Menjawab Masalah Kesihatan moden






Pengalaman pertama menghadiri kelas nutrisi merupakan satu pengalaman yang hebat. Patutla upline semua hebat-hebat belaka. Rupanya masuk kelas baru dapat bagi jawapan yang meyakinkan pelanggan. Pada hari yang sama juga diadakan jamuan raya geng I-reach tetapi Azie memilih untuk menghadiri kelas ini walaupun berbayar. Semestinya ilmu itu mahal kan. Jamuan raya I-Reach juga cukup gah dan hebat apabila sesi berkongsi pengalaman dengan upline yang dapat menjejakkan di ke Orlando baru-baru ini. Ok, part Orlando kita akan bincang di kisah yang lain. Ini hanya pasal Sijil Nutrionist.


Bengkel Nutrisi merupakan satu bengkel yang dikendalikan oleh Nutritionist ataupun pakar kesihatan Shaklee yang bertauliah. Beliau akan menerangkan fungsi setiap vitamin secara lebih lengkap berbanding dari apa yang dipelajari daripada buku nutrisi. Jadi sebagai seorang jurujual Shaklee dan yang mengambil semua vitamin Shaklee, Azie lebih tau isi kandungan vitamin tersebut. Jadi tidak ragu-ragu nak makan dan nak jual.


Selain daripada itu, kes Landmark Study juga dibentangkan. Apakah landmark study ni? Mengapa Shaklee mengeluarkan Landmark Study? Landmark Study ini merupakan kajian dari seorang Doktor di University Barkeley yang menjalankan kajian selama 20 tahun kepada 1000 orang yang mengambil vitamin Shaklee, yang tidak mengambil  sebarang  vitamin dan yang mengambil vitamin jenama lain. Shaklee sememangnya mengambil kajian dari pihak ke-3 yang menunjukkan tiada sebarang unsur kepentingan dalam Shaklee. Berdasarkan graf , tengok contoh yang pertama iaitu diabetes. Pengguna vitamin lain mempunyai risiko paling tinggi mengidap diabetes. Manakala orang yang tidak menggunakan sebarang vitamin pula mempunyai  risiko kurang dari orang yang mengambil vitamin jenama lain. Risiko diabetes paling rendah pula ialah pengguna Shaklee. Begitu juga masalah kesihatan lain yang ditunjukkan. Shaklee sentiasa menunjukkan graf yang paling rendah untuk risiko kesihatan.


Kelas nutrisi ini memang menarik, semua tiket sold out. Azie datang agak awal sebab taknak teperangkap dengan kesesakan jalan raya. Ada seorang SID yang sedang mengisi borang untuk membuat pembelian vitamin di luar kelas. Katanya tiket sudah habis dan tidak dapat mengikuti kelas tersebut.  Jadi beliau hanya datang untuk membeli produk sahaja. Sememangnya kelas penuh dengan SID yang sememangnya berminat untuk tau lebih lanjut mengenai produk ini khususnya. Azie pergi kelas bersama Kak Yusni iaitu kakak ipar dan juga merupakan seorang downline Azie sendiri. Kak Yusni juga merupakan seorang SID yang baru.


Yang menariknya kelas ini memang tidak mengantuk biarpun dari pukul 10 pagi hingga ke 5 petang. Mungkinkah kerana performance drink yang disediakan percuma di luar kelas? Ataupun pagi-pagi dah ambil Cinch Tea terlebih dahulu sebelum keluar? Ataupun kelas tersebut memang menarik sehinggakan taknak berganjak? Ternyata semua di atas. Hehe. Sememangnya bila keluar dari kelas, terasa ilmu tersebut angat fresh dan lebih berkeyakinan untuk menerangkan kepada prospek mengenai produk Shaklee ini.


Apabila mengambil vitamin ini, pastinya kita inginkan keberkesanan dan berhasil untuk sembuh. Vitamin bukan ubat tetapi Shaklee mampu menyembuhkan dari peringkat sel lagi menerusi Vivix yang telah dipatenkan. Oleh itu, ianya bukan sekadar vitamin malah lebih dari itu. Vitamin Shaklee merupakan salah satu cara hidup yang sihat dan mendapatkan kesihatan lebih baik. Selain dari itu, mengapakah Azie jatuh hati dengan Shaklee ni?jom kita lihat bagaimana Shaklee berfungsi sebagai vitamin yang mampu mengubah kesihatan dunia.



Sebenarnya kenapa kita perlu mengambil supplement ini?


1) Masalah pencemaran dunia semakin kronik – pencemaran seperti asap kenderaan, jerebu, pencemaran kepada bahan air, dan pelbagai jenis logam berat.

2)  Makanan kurang berkhasiat – pergantungan hidup masyarakat bandar ketika ini kepada makanan mi segera sangat meluas. Mi segera pastinya ada di setiap rumah. Kanak-kanak sangat suka kan? Sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber protin juga banyak menggunakan racun pestisid dan penggalak hormone atas faktor permintaan pasaran juga. 

3) Gaya hidup tidak sihat – bilakah kali terakhir anda bersenam? Sudah tidak ingat? Oleh itu, bersenamla 3 kali seminggu. Amalkan juga tidur yang cukup untuk memberikan gay hidup yang berkualiti.

4) Tekanan hidup – stress akan menjadikan hormone tidak stabil. Anda boleh lihat kebanyakan pasangan yang berkahwin ketika ini tidak mempunyai anak. Mungkin juga pasangan tersebut tidak subur secara semula jadi tetapi stress juga akan membuatkan benih mereka tidak subur. Bila hormon tidak stabil, nutrisi juga susah untuk diserap.

5) Pengambilan ubat yang berlebihan – ubat-ubatan sememangnya tidak bagus untuk jangka masa panjang. Sebab itu kebiasaannya kita selalu dengar kisah pesakit kencing manis dan darah tinggi mengalami komplikasi jantung atau buah pinggang. Ubat-ubatan mampu menyembuhkan tetapi memberi kesan. Bertukarlah kepada vitamin yang lebih natural untuk menjaga kesihatan lebih baik.


Apakah Ancaman Terbesar Kepada Badan ?

Pastinya penuaan sel-sel badan yang menjadi ancaman besar. Kebanyakan dari kita tak takut tua kan, sebab itula orang tetap meraikan hari jadi mereka setiap tahun dengan gembira. Tetapi ramai yang takut apabila merasakan ramai orang-orang tua yang sakit dan tidak berdaya. Dengan vitamin pula boleh melambatkan proses penuaan oleh sel-sel badan.

Apakah keistimewaan Shaklee yang Azie sangat suka ?

1) Sentiasa Selamat

  •   lebih daripada 100,000 ujian kualiti dijalankan setahun. Agaknya ada tak produk lain yang boleh membuat ujian sebanyak ini setiap tahun?

  • Lebih daripada 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat bagi setiap bahan baru.
  • Lebih daripada 120 jaurnal diterbitkan.
  • 300 juta USD dilaburkan setiap tahun untuk penyelidikan.

2) Sentiasa Berkesan

Vitamin yang dibawa oleh NASA ke angkasa lepas.
  •  55 paten yang menjadikan produk Shaklee tidak dapat ditiru oleh mana-mana pihak.
  •  54 pingat emas olimpik yang dimenangi oleh atlet yang menggunakan produk Shaklee.
  • Menyokong setiap angkasawan di misi NASA dengan minuman penghidratan semula sejak tahun 1993.


3) Sentiasa Mesra Alam

  •  Tiada perasa tiruan.
  •  Tiada ujian haiwan.
  •  Tiada pemanis tiruan.
  •  Syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan Climate Neutral kerana mengimbangi sepenuhnya pembebasan CO2 . 100% pada tahun 2000.
  •  Selamat untuk anda, rumah dan bumi.





cara atasi masalah kesihatan moden



Pada Azie, program kelas nutrisi sangat best sebab kita dapat faham pasal vitamin Shaklee ni dari akar umbi. Dan juga sijil pengiktirafan untuk kelas ini. Hasrat Azie tak banyak sangat tetapi besar. Supaya penduduk bumi beralih kepada produk kesihatan yang lebih natural dan mesra alam. Pelihara bumi demi kehidupan anak cucu kita di masa akan datang.

Bengkel Nutrisi ini menjadi pengukur aras kepada pengetahuan seorang penjual vitamin.

Berminat ingin mengetahui lebih lanjut?

Jangan segan-segan hubungi Azie di 016-3524104 ( sid 1025553)








Menerima sijil dari Nutritionist Siti Sarah.
Biarpun salah ejaan nama, tapi takpe. Janji ada.

Comments

  1. Waw bertauliah la ni. Ada sijil.

    ReplyDelete
  2. Waw bertauliah la ni. Ada sijil.

    ReplyDelete
  3. yer puan norfaziela. ada sijil. alhamdulilah. moga kelas ini dapat membantu azie lebih maju dalam bidang kesihatan ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish