Kak Azie Ajar Rahsia Cara Cepat Membanyakkan Susu Ibu Bekerjaya




RAHSIA CARA CEPAT MEMBANYAKKAN SUSU IBU BEKERJAYA


kredit susuibu.com
Assalamualaikum, pastinya ramai ibu muda yang pernah mengalami masalah seperti Kak Azie ketika kelahiran anak pertama. Pastinya tidak sabar untuk menimbang cahaya mata tetapi ibu-ibu terlupa satu perkara yang sangat penting. Penyusuan ibu selepas bersalin!

haziea83.blogspot.com
 Ilmu penyusuan lengkap perlu dicari untuk menjayakan penyusuan eksklusif selama sekurang-kuranngnya 6 bulan sehingga 2 tahun. Jika ibu-ibu tidak bekerja mungkin kurang  mengalami masalah tetapi untuk ibu bekerjaya, susu akan merundum dengan lebih cepat. Apa yang perlu dilakukan? Beberapa tips di sini boleh dijadikan panduan.
haziea83.blogspot.com


Persediaan Ketika Mengandung

1)  Ambil makanan yang tinggi kalsium contohnya seperti susu, bayam, makanan yang mengandungi vitamin dan mineral. Yang paling baik boleh Kak azie cadangkan ialah sayur-sayuran hijau dan susu full cream. Bukan susu rendah lemak yer. Waktu mengandung jangan fikir anda nak diet atau nak badan nampak kecil. Tetapi bukan juga boleh mengambil makanan seperti lemak tepu kerana lemak tepu juga akan menyaluti organ dalaman anda. Cuma ambil lemak baik. Ingat!!!


kredit rukun-islam.com
2)  Menghadiri kelas penyusuan di klinik kesihatan berdekatan. Ini juga sangat penting kerana ia merupakan ilmu awal pendedahan kepada dunia ibu mengandung. Kebiasaannya mereka akan menunjukkan cara penyimpanan susu yang sudah dipam. Cara pemberian susu yang dipam kepada bayi. Di sini bahagian yang sangat penting kerana jika ada kesilapan bayi boleh menjadi cirit birit. Tentu akan memberi masalah kepada bayi. Ibu juga akan mengajar pengasuh menguruskan susu ibu ini kerana penjagaannya agak rumit.


3)  Ibu hamil juga perlu membanyakkan ilmu penyusuan dengan membuat carian di internet, bertanyakan orang lebih berpengalaman, dan juga boleh mendapatkannya dengan pelbagai buku di pasaran sekarang. Macam Kak Azie sendiri banyak bertanya kepada kawan-kawan seperjabat cara mereka menguruskan susu ibu. Ini dapat membantu kita melalui pengalaman orang yang sudah berjaya menguruskan penyusuan bayi ini.


4)  Kelengkapan untuk mendapatkan susu ibu seperti beg menyimpan susu, pum yang sesuai, pakaian ibu mesra menyusu dan juga segala keperluan  yang memudahkan anda. Waktu ini sememangnya sudah bersedia untuk mendapatkan pum susu yang sesuai mengikut bajet anda. Gunakan pun susu yang boleh pum secara serentak lebih mudah sebenarnya. Selain susu lebih cepat keluar dan lebih cepat terhasil semula, masa juga jimatkan.


5)  Dapatkan supplement untuk membantu. Jangan pandang rendah kepada supplement seperti Kak Azie dulu. Sebab supplement bukan sahaja memberikan hasil susu yang lebih berkualiti malah menjaga kesihatan kita menjadi lebih baik. Apabila menyusu dan menjaga anak, banyak tenaga yang digunakan. Oleh itu, dengan bantuan supplement sangat membantu. Jika kita penat, penyusuan bayi akan terasa membebankan dan membuatkan badan terasa penat dan stress.



Persediaan Selepas Bersalin





1)  Sebaik sahaja sudah melahirkan, kebiasaannya ibu akan terus memberikan susu sebaik sahaja melahirkan. Ramai juga yang tidak dapat memberikan susu badan peringkat awal. Bagaimana jika kurang susu badan? Sebenarnya sejak mengandung lagi , ketika kandungan sudah tujuh bulan lagi ibu boleh mengurut payudara dengan tangan. Kebiasaannya Kak Azie buat ketika mandi. Setiap kali hendak mandi, Kak Azie akan urut payudara mengikut cara urutan memerah susu. Keluarkan susu awal dari puting. JANGAN RISAU! Susu tidak akan habis sebab biarpun diperah berulang-ulang kali sehari. Tujuan memerah susu tersebut supaya puting payudara lembut dan mudah dihisap oleh bayi baru lahir. Susu yang keluar apabila diperah akan cepat diganti oleh kilang susu.



2)  Itu merupakan sebab kenapa sebahagian besar ibu muda masa kini tidak mampu memberikan susu awal tersebut. Mengikut pengalaman Kak Azie, sememangnya jika anda mengikut cara tersebut semestinya penyusuan awal akan berjaya. Tetapi pastinya adik-adik Kak Azie kena tekun dan sabar. Pengalaman Kak Azie melahirkan anak sulung secara pembedahan tetapi bayi terus dapat disusukan di dalam bilik pembedahan juga sangat mengujakan. Jururawat terkejut juga kerana penyusuan bayi Kak Azie mudah. Seperti bukan anak pertama. Alhamdulillah, penyusuan anak-anak berjaya. Bermakna jika kaedah penyusuan ini dilakukan seawal sebelum bersalin, ibu-ibu muda tidak mengalami masalah apabila di awal penyusuan.


3)  Pengambilan supplement perlu selepas melahirkan anak kerana selain memberikan tenaga, susu yang dibekalkan kepada bayi lebih berkhasiat. Bagaimana dengan pengambilan jamu-jamu? Terpulang kepada si Ibu jika ingin mengambil jamu ketika pantang. Pada Kak Azie pula, pengambilan supplement juga panas sedikit dan memberikan kehangatan kepada tubuh kita seperti jamu. Supplement yang kak Azie ambil ini, bukan supplement lain yer. Yang lebih penting sekali pastinya mengamalkan pemakanan pantang. Amalkan pemakanan yang betul, elakkan makanan sejuk dan memberi mudarat kepada badan.



Nurhumaira - 2 bulan ( Susu ibu eksklusif )


SUPPLEMENT PENYUSUAN

Pentingkah supplement penyusuan? Yer! Penting sangat untuk mengganti nutrisi tubuh yang hilang ketika kita mengandung, bersalin dan kita menyusukan bayi. Sebaik sahaja anda melahirkan anak, secara automatiknya kebanyakan nutrisi badan akan ditukar menjadi susu. Sebab itu ibu-ibu perlu mengambil lebih banyak makanan berkhasiat untuk mengimbangi pengambilan nutrisi ini. Apakah nutrisi tersebut? Kak Azie berikan 3 supplement paling penting dan utama.


1)Energizing Soy Protein



Susu soya tinggi protein ini secara khusus membekalkan protein tinggi kepada ibu. Susu badan akan menjadi lebih pekat dan menyebabkan bayi cepat kenyang. Energizing Soy Protein ini dirumus khas untuk memberikan tenaga kepada ibu. Apabila ibu mengambil susu ini dari pantang lagi, luka sewaktu kelahiran juga cepat sembuh dengan kebaikan protein dalam susu ini. Kulit-kulit perut yang merekah atau pecah akan kembali pulih dan cantik. Pengambilan maksimum ialah 9 sudu sehari. Nak cantik dah sihat, wajib ada Energizing Soy Protein. Susu protein yang lengkap dengan 20 asid amino.








2) Alfalfa Complex

Alfalfa Complex ini dikategorikan sebagai Raja Herba. Raja Herba ini memberikan rasa sedikit panas untuk menyumbang kepada pengambilan lebih banyak air. Secara logiknya jika minum banyak air, pasti susu lebih banyakkan. Ibu menyusu memang memerlukan banyak air. Ini utuk memberikan air yang cukup kepada dirinya dan kepada nutrisi untuk menjadi susu juga. Bagaimana pengambilan air dalam pantang? Pengambilan air di dalam pantang boleh diminum secara sedikit dan kerap seperti setengah gelas untuk satu jam. Jika kurang air juga akan mengakibatkan sembelit. Sebab itu ibu menyusu mudah kena sembelit. Cecair di dalam badan banyak yang ditukar menjadi susu jika tidak minum air yang cukup.






3) Pil Kalsium @ Ostematrix


Pil kalsium ini dirumus khas untuk mereka yang  tidak minum susu. Dengan pil kalsium ini, segala khasiat susu mampu diserap oleh tubuh. Istimewanya pil kalsium ini apabila mengandungi nutrien yang memberikan kadar serapan yang tinggi kepada tubuh. Kandungan seperti magnesium, fosforus, vitamin D, Zinc, Mangan dan Boron bertindak secara aktif bersama Kalsium. Susu yang bagus bukan sahaja perlukan Kalsium malah bahan-bahan ini juga. Pil Kalsium ini juga mengelakkan sembelit, memberikan bonus kepada ibu-ibu pantang. Pada ibu-ibu muda yang  mungkin mengalami kekejangan kaki ketika hamil atau menyusu, ini biasanya disebabkan kekurangan Kalsium. Jadi wajib masukkan pil kalsium dalam supplement anda.


Berminat untuk menjayakan penyusuan ? Nak tau lebih lanjut?


 Cepat-cepat pm Kak Azie di 016- 3524104.



Agent Shaklee kawasan Sri Damansara, Kuala Lumpur Sentral, Damanasara, Sungai Buloh, Kepong dan sekitarnya.


Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish