Pengalaman Pertama Menghadiri Team Building Supermom 2017
Assalamualaikum..
Baru-baru ini, Azie telah terpilih untuk menghadiri sesi
Team Building Supermom 2017 di Excel Training Ulu Lenggeng Negeri Sembilan.
Pemilihan ini berdasarkan prestasi jualan pada Dis 2016 – Feb 2017. Jika
diikutkan team Supermom ini mempunyai keahlian lebih dari 2000 orang tetapi
hanya 25 orang terawal sahaja yang terpilih.
Bangga juga kan, akhirnya terpilih. Supermom diasaskan oleh
Master Puan Hadhatina yang sangat berinspirasi tinggi kepada suri rumah.
Walaupun kita hanya suri rumah tetapi dapat menjana pendapatan jutaan ringgit
menjadi satu kebanggaan kepada kaum ibu. Teruja melihat Puan Hadhatina sendiri
yang sedang hamil 7 bulan yang sabar melayan empat anaknya yang lain tanpa
pembantu.
Untuk setiap aktiviti yang dijalankan bersama kumpulan,
sememangnya ramai tidak dapat berenggang dengan anak. Ini kerana kebanyakan
dari kami merupakan suri rumah dan sentiasa bersama dengan anak. Suami juga
digalakkan turut serta dalam aktiviti bagi mengeratkan lagi perhubungan antara
sesama ahli.
Hari pertama (18.03.2017)
Kami mula bergerak dari Bandar Sri Damansara lebih kurang
pukul 1 tengahari dan tiba pada pukul 2.30 petang. Sampai di Excel Training ini
memang tenang kerana ia jauh ke hujung kampung dan berhampiran dengan bukit
Broga. Signal telefon juga lemah tetapi kawasan tersebut mempunyai wifi yang
boleh digunakan.
Untuk siri pertama latihan, sebaik sahaja perasmian yang
dilakukan oleh Puan Hadhatina. Satu latihan dalam kumpulan telah dijalankan.
Yang pertama ialah cara kuasai kemampuan diri. Kebanyakan dari kita sendiri
terdapat halangan-halangan yang membataskan pergerakan diri. Oleh itu, perlu
dilakukan satu senarai untuk kita lihat halangan yang menghalang laluan
kejayaan kita.
Untuk siri latihan yang pertama, ia disambung pada waktu
malam nanti.
Selepas minum petang di kantin bersama anak-anak dan keluarga ada
aktiviti bebas. Acara mandi kolam bersama anak-anak. Saat yang ditunggu-tunggu
oleh anak-anak. Bagi anak-anak kami, ada juga yang sudah saling kenal mengenali
kerana selalu bersama di dalam aktiviti bersama kumpulan ini. Jadi tiada
masalah untuk mereka bermain bersama dan memudahkan kami ibu bapa menjalankan
aktiviti.
Sesi perbincangan pada sebelah malam pula mengenai cara
menangani masalah kelemahan dalam diri dan kumpulan yang ditubuhkan. Sebagai
Leader, semestinya kami mempunyai kumpulan masing-masing. Tentu juga tujuan
kami untuk mencapai ranking tertinggi dalam perniagaan mejadi impian. Oleh itu,
satu tindakan perlu dilakukan supaya kami tidak berada di takuk lama sahaja.
Selepas perbincangan berakhir pada pukul 12 malam,
masing-masing balik ke bilik untuk berehat. Walau bagaimanapun memang susah nak
lelapkan mata apabila berfikir mengenai banyak yang harus dilakukan untuk mencapai
impian itu. Aktiviti yang padat ini memang mencabar minda dan fizikal. Sebelum
tidur, jangan lupa telan vitamin yer.
Hari ke dua (19.03.2017)
Acara kami bermula awal iaitu pukul 7.30 pagi dengan
bersarapan dahulu. Pukul 8.00 pagi, masing-masing berkumpul untuk sesi berfoto
bersama baju rasmi Team Building Supermom 2017. Selepas ini, ada acara padang
yang melibatkan beberapa acara berkumpulan. Ia lebih menunjukkan kerjasama di
antara ahli kumpulan untuk menyiapkan tugas yang diberi.
Acara pertama ialah membuat rantai kereta kebal. Ada 4
kumpulan yang dibahagikan. Rantai kereta kebal yang dibuat mestila kukuh kerana
selepas menyiapkan rantai tersebut,kami akan berlumba di antara kumpulan. Ia
memang menyeronokkan kerana seperti balik semula ke alam persekolahan. Dari 4
kumpulan ini, ada dua kumpulan yang tak mampu menghabiskan perlumbaan kerana
putus di tengah jalan termasukla kumpulan kami iaitu Oren.
Rantai kereta kebal dari kertas itu menunjukkan biarpun ada
yang membuat rantai yang besar tetapi ikatan tidak kemas, akhirnya tidak sampai
ke garisan akhir juga. Ia juga menunjukkan strategi kumpulan yang bukan sahaja
perlu diikat dengan kemas tetapi tidak semestinya besar, ia perlu dijalankan
hingga ke akhir garisan penamat.
Untuk permainan yang kedua pula, memasukkan bola tenis ke
dalam lubang kertas yang ditebuk sebanyak 17 lubang. Kumpulan oren membuat
lubang nombor mengikut turutan dengan kemas untuk memudahkan menggolek bola
tenis tersebut. Dengan cara ini, kumpulan oren menjuarai permainan kerana cara
tersebut membolehkan bola bergolek dengan cepat dengan bantuan pemegang kertas.
Acara yang ke tiga pula ialah menyusun barang peribadi yang
berada di tubuh kecuali pakaian untuk menjadi garisan paling panjang.
Masing-masing memang teruja berlari-lari menyusun barang masing-masing sehingga
ada susunan yang putus di tengah jalan. Ini menunjukkan biarpun ada yang
membuat garisan terpanjang tetapi masih ada tempat tidak bersambung yang
menjadikan ia tidak lengkap.
Panjangnya aktiviti pada hari kedua ini. Oleh itu, Azie akan
sambung ke entry berikutnya. Nak siapkan sarapan anak dan suami dulu..
Supermom.. Lets Rock!!
Comments
Post a Comment