Shaklee Business Leader Conference 2017, Pertama Diadakan Di Malaysia

Kebiasaannya sebelum ini, Shaklee cuma mengadakan Conference yang melibatkan semua ahli Shaklee dalam National Conference. Tetapi tahun ini diperkenalkan conference untuk yang berpangkat leader sahaja. Pengesahan kehadiran telah dilakukan sejak dari bulan 12 lagi, 2 bulan lebih awal.
i-reach Shaklee



Tak sangka pula sudah alami alahan. Kehadiran pula wajib. Jadi terpaksa melangkah jua. Sentiasa mendoakan yang terbaik sepanjang berlangsungnya program tersebut. Pada mulanya agak berat hati untuk pergi sebab tak ramai leader yang dikenali. Alhamdulillah melalui facebook, kenal beberapa leader.

I-reach Shaklee
Bersama senior Umie Nurul Aziyana, Kak Zainora, Melissa, Kak Siti Noriza dan kak Ida Ifaz.
Sewaktu pendaftaran, dapat buku note planning untuk cycle tahun 2017/ 2018 dan bangle bercahaya. Ada sarapan pagi dari hotel sunway. Alhamdulillah, makanan super sedap dan sangat menyelerakan. Tepat pukul 10, dewan mula dibuka. Azie bersama leader Nurul Aziyana, Puan Dilla Jalil dan suami dan juga beberapa leader lain duduk bersama. Mujur ada diorang ni. Kalau tak, dah tentu sensorang. Mereka sangat sporting walaupun daku cuma ibarat semut sahaja.



Sewaktu menunggu acara dimulakan, Master Lyna Noh datang meraikan kami. Allahuakbar, Azie sangat mengkagumi Master Lyna kerana beliau mendaki ke puncak Shaklee dengan penuh dugaan dan rintangan sehingga berjaya. Terjadi drama air mata pula, sebab tak sangka sangat jumpa Master Lyna. Mungkin beliau juga agak terkejut dan mungkin juga biasa dengan ragam seperti ini, hanya senyuman ikhlas diberikan.
 
I-Reach Shaklee
Bersama Master Lyna Noh Dan Umie Nurul Aziyana




Master Lyna menggosok belakang dengan perlahan. Rasa ada satu aura yang kuat di situ. Betul-betul mengkagumi Master Lyna kerana kecekalan beliau mengharungi tangga ke puncak kejayaan. Dan kita juga harus faham, benda bulat belum tentu datang bergolek. Yang pipih belum tentu datang melayang.

Pertama kali mendengar ucapan live dari Mr Roger Barnett membuatkan Azie begitu teruja. Shaklee bukan merupakan medan angan-angan untuk jadi kaya raya dengan mudah. Tetapi Shaklee merupakan satu jalan untuk mencapai kejayaan, Inshaallah.

i-reach Shaklee
Mr. Roger Barnett


Permulaan Shaklee untuk menjayakan kehidupan bumi yang lebih baik di masa depan. Untuk meninggalkan khazanah alam bagi generasi depan menikmatinya. Angan- angan ini merupakan satu harapan semua orang. Jika boleh, kita sendiri memang nak berada di dalam persekitaran yang sihat dan selamat, begitu juga dengan harapan kita untuk masa depan.

i-reach Shaklee



Keistimewaan Shaklee
(kami adalah masas depan yang lebih baik)

- Kami adalah tentang kesihatan.
- Kami adalah tentang mengamalkan hidup harmoni.
- Kami adalah tentang melakukan perkara yang betul.
- Kami adalah tentang dunia yang lebih baik.



Vitamin Shaklee mendapat pengiktirafan peringkat dunia apabila melakukan ujian Landmark Study yang merujuk kepada taraf  kesihatan pengguna Shaklee yang lebih baik selepas 20 tahun mengamalkan vitamin ini. Shaklee merupakan satu-satunya pengeluar vitamin yang berani menjalankan ujian ini. Ujian ini dilakukan dijalankan di University Of California Berkeley dengan telus. Ia menunjukkan juga kajian kepada pengguna vitamin keluaran syarikat lain dan juga mereka yang tidak mengambil sebarang vitamin sepanjang hidup mereka.

Shaklee melaburkan lebih USD300 juta untuk menjalankan ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan. Penglibatan terbaik Shaklee apabila digunakan oleh atlet bertaraf dunia untuk menjaga kesihatan. Begitu juga dengan Angkasawan NASA yang membawa vitamin serta minuman rehidrasi khas untuk berulang alik ke bulan. Shaklee sentiasa menjadi pilihan orang-orang yang hebat untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum.

Bagaimana kita yang biasa-biasa ni? Tidak mahukah terasa menjadi hebat seperti mereka? Pembabitan Azie dalam Shaklee juga merupakan satu cabaran untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Tetapi bila berada di kalangan mereka yang telah berjaya ini, bukan wang ringgit yang menjadi keutamaan tetapi juga tahap kehidupan yang lebih baik akan dimulakan dengan tahap kesihatan yang terbaik.

Tulisan Azie terlalu ringkas? Boleh tinggalkan komen anda untuk memberikan Azie lebih inspirasi dan meningkatkan tahap penulisan.

Salam Sayang..

Keterangan lanjut ? WA Azie di 0163524104
Follow fb Azie : Aziah Abd Ghani
IG : Haziea83

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish