Kencing Manis Meragut Nyawa Abangku - Elakkan Diabetes



         Hari ni genap 11 tahun pemergian arwah abang Long. Hari jumaat ,22 julai 2005. Hari yang akan kekal di hati kami adik -adiknya. Long ibarat ayah kepada kami , 8 adik-adiknya. Sejak muda lagi arwah memang bekerja kuat di kilang papan berdekatan kampung.


         Jarak umur kami agak jauh, sebab aku anak no. 7 kan. Pastinya aku menjadi adik manja kerana aku merupakan adik perempuan bongsu. Kerja kilang papan tu bukan kilang biasa yer. Kalau orang familiar dengan kilang sawmill, memotong balak. Itula kerja arwah dulu. Boleh bayangkan manusia yang menolak balak ke mesin untuk dipotong menjadi papan. Seingatku, arwah memang kuat minum teh tarik. Mulakan kerja seawal 5 pagi, pasti segelas besar teh tarik sebelum pegi kerja. Dan jugak MAAJUN CAP TUPAI. Dalam sehari tu maybe 4-5 gelas besar sebab cuma gelas itu sahaja digunakan. Memang orang lain tak boleh guna. Gelas itu masih ada sekarang, kami panggil gelas pusaka. Tabiatnya itu mungkin akibat ingin bertenaga apabila membuat kerja berat.


          Akibat tabiat arwah yang kuat minum teh tarik dan makan Maajun tu, tahun 2003 beliau mula letih dan tak mampu membuat kerja berat. Apabila membuat check up, beliau mengidap kencing manis. Kemudian dikencing kawan pula. Tu terjadi bila kawan baiknya suka memberi nasihat yang tak perlu mengambil ubat- ubat klinik tetapi masih boleh dirawat dengan ubat kampung. Long terpaksa berhenti kerja kilang, meneruskan hidup dengan menoreh getah. Mujur isterinya bekerja sebagai guru Tadika. Tetapi besar mana sangat gaji disamping anak kecil berusia 5 tahun dan setahun. Nak bayar sewa rumah lagi. Bil2 semua. Di mana aku ketika itu? Baru saja habis belajar dan memulakan kerja di kilang berdekatan dengan gaji pertamaku rm500.

          Dipendekkan cerita, selepas 2 tahun mengidap kencing manis. Arwah tak berpantang makan, alasannya makan sikit boleh. Tetapi banyak jugak aku tengok dia makan. Dengan tak pernah makan ubat dan cuma bergantung harap kepada herba- herba. Sewaktu kakak ipar mengandungkan anak ke-3, arwah sangat gembira. Sentiasa setia menemani kakak ipar check up. Menjaga anak- anaknya. Arwah sangat sayangkan anak2 nya. Tiba- tiba hari tu kakinya membengkak dan seperti bernanah. Waktu itu arwah masih mampu memandu kereta dari rumah sewanya ke rumah mak. Lebih kurang 20km juga.


          Itupun selepas kami semua memujuk. Long sakit, balikla sini. Mak ade , kami2 pun ada. Masa tu akak ipar dah sarat sangat, tunggu masa je nak bersalin. Kebetulan juga akar ipar dapat mengajar dekat dengan rumah mak juga. Akhirnya Long beralah. Setelah 2 minggu bertahan dengan kesakitan, Long mampu memandu lagi ke rumah mak. Akupun dah lupa ubat apa yang ditepekkan ke kakinya. Di rumah mak, Long cuma mampu mengesot. Jadi dia tidur di ruang dapur berhampiran bilik air. Senang untuknya ke bilik air. Waktu itu, ibu mertuanya sudah mengambil anak- anaknya untuk dijaga sementara. Oleh itu, anak2 memang tidak berada di sisinya ketika nafasnya terhenti. Aku masih ingat, waktu magrib 22 Julai. Long mengesot ke ruang tamu, nak tengok TV katanya. Kakinya semakin busuk dan bernanah. Pastinya kami cuma mengelap saja nanahnya di atas lantai. Kami masih berbual. Aku teringat lesung pipitnya. Tersenyum kambing.


kencing manis mesti dirawat
         

Kemudian dia mengesot ke ruang tempat tidurnya. Tidak lama kemudian akak ipar panggil. Long dah nazak. Semuanya berlaku terlalu mudah. Cuma 3 hari kami menjaganya, Allah lebih menyayanginya. Masuk saja Isyak, Long sudah pergi.


 Pergi tinggalkan anak-anaknya, tinggalkan kami adik-adiknya. Kakak iparku bersalin 2 minggu selepas Long pergi. Bayi comel itu sangat mirip dengan arwah. Allahuakbar. Bayi ini di tunggu-tunggunya. Tapi aku tau, long ada melihatnya dari atas sana.


          Sebenarnya bila kufikirkan balik, hikmah juga. Jika long masih ada , mungkin kakinya sudah dipotong. Mungkin akan menjadi sukar untuknya dan keluarga jugak. Dah kerana itu juga, Hargai hidup anda. Hargai kesihatan anda. Kerana jika tidak , seluruh keluarga yang ditinggalkan akan mengalami trauma.


Dedikasi untuk arwah Long ( Mohd Hashim bin Abdul Ghani) . Moga Long tenang di alam sana. Al fatihah.


kencing manis mesti dirawat
Kisah ini merupakan kisah benar. Sebenarnya apakah kencing manis @ diabetes ini? adalah penyakit ini begitu bahaya sehingga meragut nyawa? Ya, kencing manis sememangnya sangat bahaya apabila dapat merebak dan mengganggu sistem badan dengan cepat. Kencing manis akan mengakibatkan pengidap mempunyai penyakit lain juga seperti darah tinggi dan jantung.



Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu