9 Panduan Penyusuan Ibu Muda Patut Tau


 
Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan dan minuman pelengkap , susu formula dan air kosong selama 6 bulan oleh para ibu berkerjaya banyak bergantung kepada faktor sampingan.


haziea83.blogspot.com


1)Timba Ilmu Sebanyak Mungkin Sepanjang Masa


Setelah disahkan mengandung, pasang niat awal untuk menyusukan anak sepenuhnya. Cari ilmu penyusuan melalui google, kaunselor-kaunselor bertauliah, dan kawan-kawan yang dah Berjaya dalam menjayakan penysuan eksklusif mereka. Galakkan suami menyertainya juga supaya anda mendapat bimbingan dan galakan. Banyak forum-forum yang mendedahkan maklumat penting mengenai penyusuan ibu.


2) Mulakan Penyusuan Dengan Betul

Setelah  melahirkan bayi, praktikkan apa yang anda belajar. Kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang selesa, dan lekapan juga betul. Kejayaan penyusuan biasanya bergantung kepada kekerapan penyusuan bayi. Pastikan juga ibu tidur dengan bayi supaya mudah untuk menyusukan bila-bila masa. Jangan sesekali menggunakan puting kosong untuk menenangkan bayi yang meragam. Ini akan membuatkan bayi tersebut keliru putting. Begitu juga dengan penggunaan susu botol. Alternatifnya ,ibu boleh gunakan picagari, sudu ataupun cawan kecil ketika meninggalkan bayi kepada pengasuh.



3) Simpan Stok Susu

Untuk memenuhi keperluan bayi, pastikan stok susu mencukupi. Sewaktu di tempat keja, pam susu mengikut jadual yang sama setiap hari. Ini membantu susu ibu keluar dengan teratur setiap hari. Guna pam susu yang berkualiti supaya mudah untuk memerah susu ibu. Aplikasi teknik Marmet sesuai digunakan untuk mengurut payudara juga.


4) Peralatan Penyusuan Berkaitan

Tidak perlu membazirkan duit untuk membeli pelbagai peralatan penyusuan yang kadang-kadang tidak diperlukan. Adakalanya kita ingin beli banyak barang-barang yang Nampak sesuai tetapi sebenarnya tidak digunakan langsung. Lebih baik rujuk dengan ibu lain yang berpengalaman.



5) Bincang Dengan Majikan

Amat penting berbincang dengan majikan mengenai masa yang akan diperuntukkan ketika bekerja untuk pam susu. Ini sebenarnya juga cara yang sesuai supaya anda dapat melakukan rutin memerah susu dengan tenang tanpa memikirkan masa untuk bekerja ketika pam susu.



6) Memerah Susu Di Pejabat


Gunakan pam yang bersesuaian dan memudahkan kerja pejabat anda. Terdapat pelbagai pilihan pam susu masa kini yang sesuai digunakan oleh ibu-ibu di pejabat. Sekiranya bekerja 8 jam sehari, perah susu 2 hingga 3 kali. Jika anda bekerja lebih masa, pastikan susu dipum setiap 3 jam.


7) Memerah Susu Membantu Meredakan Tekanan Di Tempat Kerja

Sememangnya tugasan pejabat kadang-kadang membuatkan anda tertekan dan menjejaskan penghasilan susu ibu. Dengan menghasilkan rutin memerah susu, anda akan lebih tenang. Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Prestasi kerja kembali efektif apabila melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang apabila melihat potret si manja sambil mengepam susu. Bayangkan bayi anda sedang menyusu. Anda pasti dapat amaun susu yang lebih banyak dari biasa.



8) Ikut Keperluan bayi

Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luangkan masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Apabila berada di rumah bersama bayi, kerapkan masa menyusu untuk merangsang penghasilan susu. Jika keadaan susu masih tidak pulih,guna pam untuk memerah susu dengan kerap di rumah.  



9) Makan Secara Sihat

Salah satu factor kejayaan penyusuan secara eksklusif ialah menjaga pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengahari dan malam. Anda digalakkan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ambil supplement yang bersesuaian untuk membantu penyusuan anda.

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu