Bagaimana Sakit Kepala Yang Disebabkan Oleh Tumor Otak?
Harus diingatkan bahawa sakit kepala bukanla satu tanda tunggal bagi sebarang ketumbuhan atau tumor di dalam otak. Ia selalunya datang bersama dengan sakit kepala terasa apabila tanda - tanda lain muncul.
Mungkin pesakit akan mendapat sawan dahulu, atau perubahan pada pandangan mata atau pendengarannya. Pesakit juga mungkin akan terasa tangan dan kakinya lemah, seolah- olah menghadapi serangan stroke. Kadang- kadang ingatan menjadi tidak menentu dan sering kali lupa.
Adakah pesakit bertanya kepada saya adakah sakit kepala yang disebabkan oleh tumor di kepala menyebabkan sakit kepala di awal pagi? Saya telah meneliti di beberapa journal, namun tiada bukti yang menyokong pendapat ini. Sakit kepala disebabkan tumor otak selalunya akan bertambah teruk apabila saiznya bertambah besar. Walau bagaimanapun tidak semua pesakit tumor otak yang menghadapi sakit kepala yang kuat sehingga mengganggu rutin hariannya.
Namun apabila sakit kepala menyerang, pesakit biasanya akan terjaga dari tidur seakan- akan ada sesuatu yang mencucuk- cucuk di dalam tengkoraknya. Sakit kepala itu selalunya digambarkan sebagai 'sukar digambarkan' atau ' susah hendak cerita macam mana sakitnya kepala'.
Kadang kala sakit kepala itu berdenyut- denyut seperti migrain
. Semakin lama sakit kepala semakin kerap. Kalau dulu mungkin hanya sebulan sekali dan akhirnya menjadi setiap hari. Tahap kesakitan juga bertambah dan seterusnya akan kekal kesakitannya dan susah mendapat kelegaan. Mungkin dulu dengan sebiji penadol sudah memberi kelegaan, namun sekarang makan 2 biji penadol barulah berkesan. Akhirnya mencuba pula ubat penahan sakit sintetik seperti Ponstan dan arcoxia tetapi memberikan kelegaan sementara sahaja.
Sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak juga bertambah dengan perubahan posisi. Apabila seorang pesakit cuba mengubah kedudukannya, sakit kepala makin teruk. Terutama apabila dia cuba berbaring. Batuk dan bersin juga menyebabkan tekanan di dalam tengkorak ( ICP) akan bertambah dan pesakit mengalami sakit kepala yang keterlaluan.
Jadi sakit kepala yang disebabkan tumor otak selalunya sakit kepala yang kuat dan tidak dapat dilegakan walaupun diberikan ubat penahan sakit. Sakit kepala ini akan berterusan dan semakin teruk sehingga menjejaskan beberapa fungsi tubuh yang lain.
testimoni pesakit tumor menggunakan vivix. |
Comments
Post a Comment