Cara Atasi Kekurangan Susu Badan Dengan Energizing Soy Protein dan Alfalfa Complex.
Assalamualaikum,
Saya Azie. Ibu kepada 3 orang anak. Azie ingin berkongsi sedikit pengalaman mula- mula terjebak
dengan Shaklee ni. Sejak mula2 mengandung anak sulung lagi dah sebenarnya berniat nak susukan bayi sepenuhnya. tetapi yang menjadi masalah utama pada masa itu ialah berkerja shift. Apabila bekerja shif sukar untuk merancang jadual pemberian susu badan dan susu formula.
Apabila Muhammad Aqil Haziq lahir pada 6 Mac 2010, Azie memang bersedia ingin berikan susu badan sepenuhnya. Namun begitu, ilmu penyusuan dan penggunaan pum susu juga tiada. Hanya berharapkan kepada memberi susu secara terus kepada bayi. Akhirnya apabila Aqil berumur 4 bulan lebih, dia sudah tidak mau menyusu lagi. Sedih kan? Satu moment yang indah sebagai ibu sudah hilang. Selain itu juga Aqil mengalami ekzema yang agak teruk. Salah satu masalah kepada bayi yang kurang mendapat khasiat susu ibu kan?
Azie mengandung anak ke 2, Nurhumaira. Setelah mendapat berita gembira ni, Azie dah start Google dan bertanya kawan- kawan untuk menjayakan penyusuan anak ke-2 ini. Untungnya pula sebab sekarang sudah bekerja waktu pejabat, jadi proses melatih waktu minum susu bayi dan masa membuat stok susu juga teratur. Alhamdulillah, rezeki dari Allah untuk Maira. Susu cukup dan stok juga banyak. sememangnya dari awal susu badan memang banyak.
HUMAIRA 7 BULAN++ |
Sewaktu itu memang ada bunyi- bunyi dari kawan yang cadangkan Shaklee. Sewaktu susu tu banyak lagi memang tak pandangpun Supplement ni. Apabila Maira memasuki usia 8 bulan, susu sudah mula mengurang. Alamak! Nak buat macam mana kan? Mestila mak risau sebab Maira memang bergantung kepada susu badan sahaja. Stress mak nih.
Ha, saat itula teringin nak cuba Supplement ni. Yang pertama sekali Azie cuba ialah Alfalfa Complex. Beli dengan kawan. Dalam minggu pertama mengambil Alfalfa, Maira tak merengek lagi ketika menyusu. Wah sudah ada perubahan. lama kelamaan susu badan semakin banyak dan dapat membuat stok sedikit demi sedikit untuk Maira. Alhamdulillah sangat.
Tapiiiii, bukan setakat supplement sahaja yer. Apabila ingin mendapatkan kembali susu ibu nie perlu mencari lebih maklumat. Yang paling penting juga Azie dapat melihat pembesaran Aqil dan Maira yang agak berbeza. Maira tidak mudah jatuh sakit dan mudah menerima apa-apa muda-akanan berbanding dengan Aqil yang agak memilih. Apabila Azie mencari maklumat, rupa-rupanya rasa susu badan dipengaruhi dengan apa pemakanan ibu. Oleh itu mungkin Maira yang memang hanya minum susu ibu ini sudah terbiasa dengan rasa-rasa tersebut.
ENERGIZING SOY PROTEIN
Bagaimanakah ESP dapat membantu ? ini kerana ESP satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang berfungsi sebagai hormon wanita. Antara kebaikan susu ESP lagi ialah :-
- Awet Muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku ,rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap ialah kunci awet muda.
- Rendahkan Paras kolesterol - Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan sakit jantung.
- Baik Untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
- Pembekal Tenaga - Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga , mencegah migrain , imsomnia dan tekanan.
- Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
- Membaiki Memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti , dorongan seksual dan rangsangan.
ALFALFA COMPLEX
Alfalfa diperbuat dari tanaman alfalfa (medicago Sativa) secara organik. alfalfa juga dikenali sebagai ' Raja Segala Tumbuhan' . Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Alfalfa sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dulu. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian , 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
10 biji Alfalfa bersamaan dengan segelas susu.
Setelah lebih sebulan mengambil Alfalfa Complex, Azie terus membeli Set penyusuan lengkap seperti esp, vitalea, B complex dan Vitamin C beserta keahlian sekali. Oleh itu bermula kisah daku Penjual Shaklee.
Terima kasih Shaklee... luv You Much...
Cerita Azie belum habis yer. Kita sambung di muka surat pula.
Berminat untuk dapatkan Set penyusuan lengkap dan maklumat-maklumat penting dalam penyusuan susu ibu? boleh pm Azie segera di 016-3524104.. Dapatkan sekarang!
COD SEKITAR KUALA LUMPUR SENTRAL, BANGSAR, DAMANSARA, KEPONG, SEGAMBUT, SUNGAI BULOH, GOMBAK, DAN SEKITAR LALUAN MONOREL, LRT SERTA KOMUTER.
Isteri memang guna set ni dari anak ke 2. Alhamdulillah tak pernah kering susu. Anak pun nampak kenyang. Set menyusu ni memang terbaik !
ReplyDeleteterima kasih En. Mohd Kharul Amin atas perkongsian. sayang jugak apabila saya lambat tau pasal kebaikan set penyusuan ini :-)
ReplyDelete