Alasan Tidak Tinggalkan Masker Wajah Seperti Katy Perry

Banyak wang dah dihabiskan membeli Pelbagai produk kecantikan namun masih belum berpuas hati dengan keadaan kulit wajah. 


Adakah penggunaan masker wajah termasuk dalam rutin harian ? Jika belum ataupun cuma sesekali, sebaiknya segerakan kerana ia dikatakan antara perawatan kulit wajah paling sempurna. Selain dari Katy Perry, selebriti antarabangsa seperti Jessica Biel dan Beyonce menjadikan penggunaan masker sebagai rutin harian wajib setiap hari. Menariknya apabila mereka menyediakan homemade masker.
Jika Katy Perry memilih masker yang dibuat dari kacang almond dan putih telur, Jessica Biel pula cukup cintakan masker yang dibuat menggunakan Avocada. Beyonce pula tidak boleh tinggalkan masker dari buah beri. Tidak hanya bermanfaat untuk kulit, penggunaan masker juga bersifat terapeutik. Jika anda menggunakan masker, jangan lupa minyak pati aroma seperti pudina dan rosemary kerana ia mampu mengangkat semangat sekaligus menjadikan diri sentiasa rasa lebih positif.


Luangkan sedikit 'me time' dan anda akan merasai pengalaman yang indah! Sebaiknya lakukan perawatan setiap malam sebelum tidur agar keesokan hari kulit nampak bertenaga!


MASKER SATU PROSES DETOKSIFIKASI


Selain memastikan penggunaan kosmetik berkualiti, masker wajah merupakan elemen terpenting untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat sepanjang masa. Anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan kulit sempurna tanpa menghabiskan banyak masa dan wang di salun untuk rawatan kulit. Rahsianya walau sesibuk manapun, jangan tinggalkan penggunaan masker.
Masker wajah mampu memberikan kelembapan pada kulit kering. Jika anda memiliki kulit berminyak atau kombinasi, masker dapat membersihkan wajah hingga ke dalam pori dan mengeluarkan minyak berlebihan. Rutin ini penting andai anda seorang yang selalu menggunakan solekan tebal dan membuatkan pori-pori tertutup oleh sisa solekan. 

Ia juga mampu bertindak sebagai detoksifikasi dan membantu mengeluarkan sel-sel kulit mati dan keadaan ini boleh menjadikan kulit semakin kusam. Kandungan vitamin dalam masker mampu membersihkan kulit secara sempurna dan membantu kulit terus muda dan cerah.

Penggunaan secara konsisten juga mampu mengurangkan bintik hitam dan membuatkan rasa tenang kepada kulit sensitif dan juga berjerawat. Pemilihan masker wajah bergantung kepada masalah kulit. Contohnya masker untuk kulit kering yang bertujuan membantu menghidrasi dan mengembalikan kelembapan kulit atau masker bervitamin untuk membantu mencerahkan kulit kusam dan anti penuaan.






 BERMASKER CARA SHAKLEE

1) Menggunakan Vitamin E - ambil sebiji Vitamin E. Pecahkan softgel Vitamin E dengan jarum.

Picit perlahan - lahan untuk keluarkan Vitamin E dari kapsul dan ratakan di sekitar kawasan muka kecuali mata.

Satu kapsul boleh digunakan tiga kali.

Waktu terbaik - Sebelum tidur.

Fungsi - Vitamin E menyerap masuk ke dalam kulit dari permukaan dermis. Fungsi Vitamin E ini untuk menangkis cahaya matahari menembusi kulit. sesuai digunakan waktu malam kerana ketika tidur, kulit kita berehat. jadi penyerapan lebih baik dan berkesan.

2) Menggunakan ESP + Plain Yogurt - 1 cup plain yogurt dicampur dengan sesudu ESP.

 Gunakan perisa asli sahaja. Gaul sebati. ratakan di sekitar muka kecuali mata. biarkan 10 - 15 minit.

Waktu Terbaik - Selepas mandi pagi.

Fungsi - Esp mengandungi protin soya. Apabila digunakan waktu pagi, kulit muka mendapat perlindungan sepenuhnya dari sinaran cahaya matahari. ini mengelakkan kulit terkena sunburn juga. selain dari muka, boleh gunakan ESP untuk seluruh badan juga sebagai scrub.


3) Masker ESP - Paling mudah. cuma basahkan muka anda dan sapu ESP kering seperti scrub. biarkan protin soya menyerap ke kulit muka Anda. bilas selepas 15 minit. selamat mencuba.






Berminat untuk pertanyaan lanjut ? boleh hubungi Azie di talian 016-3524104. salam sayang ..


CARIAN LAIN ARTIKEL INI :

1) TONIK ANGGUR BOLEH HILANGKAN JERAGAT CEPAT - BERKESANKAH ?

2) VIVIX -ANTI OKSIDAN SESUAI MENGHAPUSKAN JERAGAT.

3) KESAN JERAGAT JIKA TIDAK DIRAWAT SEGERA.

4) SET JERAGAT BAJET SHAKLEE.

5) CARA MODEN HILANGKAN JERAGAT.


Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu