10 Tips Mudah Untuk Wanita Sihat


Kesihatan tubuh sangat penting bagi wanita aktif. Walau bagaimanapun, kesibukan menjadi penghalang. Selain mengamalkan vitamin, anda dinasihatkan mengikuti 10 tips ini.



1. Berhenti Merokok atau Menjadi Perokok Pasif



Sekiranya anda seorang perokok wanita, tolong hentikannya. Kerana merokok merupakaan salah satu penyebab kematian di Amerika Syarikat. Jika anda merokok, risiko untuk diserang penyakit jantung dan kanser amat besar terutamanya jika anda merancang keluarga. Siapa kata alat perancang tidak bahaya? Jika anda tidak merokok, pastikan tidak berada di persekitaran yang ada asap rokok samaada di rumah atau tempat kerja.

2. Kawal Berat Badan

Tubuh ramping selain sedap dipandang mata, ia memberi manfaat yang besar kepada kesihatan. Dalam kajian yang dibuat oleh pakar kesihatan, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan berpotensi besar untuk diserang tekanan darah tinggi. 

Sekiranya anda termasuk dalam kategori wanita terlalu gemuk terutama di bahagian pinggang, anda berisiko untuk diserang diabetes , jantung dan strok. Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat , gula dan makanan lemak berlebihan.

3. Jaga kadar kolesterol

Jantung adalah organ terpenting dalam tubuh namun organ ini mudah mendapat serangan jika tidak diberikan perhatian serius. Kolesterol adalah faktor terbesar untuk mendatangkan penyakit kepada jantung. Juga secara tidak langsung boleh meningkatkan serangan strok.

 Jangan ambil mudah dengan kelesterol. Menurut Persatuan Jantung di Amerika Syarikat, wanita berusia 55 tahun ke atas berisiko untuk mendapat kolesterol lebih tinggi berbanding kaum lelaki.

4. Banyakkan Makan Sayur

Sayur dan buah-buahan kaya dengan serat, kandungankolesterolnya juga rendah. Beberapa kajian daripada pakar pemakanan mendapati orang yang mengambil banyak buah dan sayuran kurang mengalami risiko serangan kanser.

5. Kurangi Lemak

Pakar diet menyarankan kepada wanita yang ingin menjalani hidup lebih sihat agar dapat mengurangkan 30 peratus lemak berbanding kalori. Sumber lemak antaranya ialah keju, marjerin, minyak masak, daging dan produk tenusu. 

Sebaik- baiknya gunakan minyak zaitun untuk menggoreng. Bagaimanapun jangan sama sekali mengelakkan lemak dalam diet anda kerana zat ini tetap diperlukan oleh badan.



6. Rehat Yang Cukup

Tubuh sangat penting untuk rehat. Anda boleh melakukan beberapa cara seperti meditasi, menarik nafas panjang-panjang dan dalam. Jalan kaki atau bersantai sambil membaca buku-buku yang menenangkan fikiran.

7. Ujian Pap Smear Secara Teratur

Ujian ini akan mengesan perubahan pra-kanserpangkal rahim peringkat awal. Terapi awal dalam situasi ini akan mencegah kanser daripada merebak.

8. Bersenam

Bersenam sangat membantu untuk menjadikan hidup anda sihat. anda juga akan lebih produktif jika tubuh sering digerakkan dengan senaman. Kajian mendapati bahawa perubahan yang sederhana dalam rutin harian akan memberikan keuntungan pada kesihatan.

 Cuba fikir beberapa cara kreatif untuk menggerakkan tubuh anda sambil mengeluarkan peluh jika tidak berpeluang bersenam. Cara paling mudah ialah jalan kaki, naik tangga dan mengemas rumah.

9. Periksa Tekanan Darah

Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko diserang penyakit jantung. Bertemula dengan doctor untuk mendapatkan langkah-langkah yang harus diambil untuk mengawal tekanan darah.

10. Periksa Payudara Secara Teratur

Temui doctor untuk memeriksa kesihatan payudara anda secara teratur. Pengesanan awal merupakan usaha mencegah yang amad dianjurkan. Mencegah lebih baik dari merawat.

Keperluan vitamin untuk membantu kehidupan seorang wanita aktif sangat diperlukan. bagaimana dengan anda? wanita aktif yang ingin kekal sihat?

WA Azie di 016-3524104.
Sid Shaklee 1025553


Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish