Susu Soya Shaklee? Saya Tidak Akan Minum Susu Soya Ini.


Susu Soya bukanla kegemaran saya sejak kecil lagi. Teringat satu ketika dulu pernah cuba minum sekali, tapi rasanya buat saya tak suka. Sejak itu memang tidak pernah suka pada soyapun. Macam susu ESP ini pula, pada mulanya saya tidak berminat untuk mencuba. Apabila anak saya berusia sembilan bulan, susu badan mula menurun. Stok susu semakin susut, anak tidak mahu minum susu formula.

 Memang pening juga dibuatnya, susu formula bukan penyelesaian pada masalah saya. Selain masalah pada stok susu, saya dapat merasakan yang anak tidak kenyang apabila menyusu dengan saya. Biasanya ia mengambil masa yang lama untuk kenyang. Bayangkan anak menyusu selama dua jam setiap malam sebaik saja saya mengambilnya di rumah pengasuh. Jadi pastinya tugasan lain saya tidak dapat buat kerana memberikan tumpuan kepadanya.

Atas galakkan kawan-kawan, saya mencuba susu ESP pada pembelian kedua. Pada kali pertama minum, memang rasanya tak boleh telan. Minum ESP dibancuh dengan air suam. Saya bertanya kepada kawan cara yang lain untuk minum ESP. katanya boleh dicampur dengan minuman kegemaran kecuali kafein.

Percubaan kedua mencampurkan ESP bersama oren Sunquik. Rasanya? Yummies.. Seperti fresh oren. Sangat sedap. Sejak itu, memang agak ketagih dengan ESP. patutla ramai yang mengatakan ESP ni sangat bagus. Rasanya yang sedap dan mempunyai kesan yang positif. Apa kesannya tu? Meh saya cerita.

1 .ESP Memperbanyakkan susu badan

Kali pertama saya ambil ESP ni memang tujuan asalnya untuk membanyakkan susu badan. Alhamdulillah sejak mula mengamalkan set menyusu Shaklee termasukla ESP ni, terdapat peningkatan pada susu badan. Jika sebelum ini pum di pejabat memang tidak memuaskan hati, Alhamdulillah stok makin meningkat. Tipula kata perubahan drastik, perlu selalu pum susu juga. Perubahan ketara apabila bayi semakin puas menyusu. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk kenyang.

2. ESP membantu badan sentiasa cergas

Rutin harian saya sememangnya padat setiap hari. Bangun awal pagi untuk menyiapkan bekalan anak ke rumah pengasuh sebelum pergi kerja, manakala balik pada kerja juga saya akan masak setiap hari. Suami jenis yang nak home cook, begitu juga dengan anak-anak yang mahukan hidangan makan malam. Jadi perlu buat kerja rumah lagi.

Saya akui memang agak keletihan lebih lebih lagi tinggal di tingkat lima rumah flat yang tidak mempunyai lift. Alhamdulillah sejak mengamalkan ESP ini memang tidak terasa penat biarpun aktiviti seharian padat. Bukan sahaja tidak terasa penat malah rasa happy pula bila melihat anak-anak pun terjaga dengan makanan home cook saya dan susu badanpun cukup.

3. ESP mencantikkan kulit

Selepas 2 bulan mengamalkan ESP, ramai menegur perubahan kulit wajah. Sebelum ni memang diakui muka saya kusam, berminyak dan agak sunburn. Saya tidak suka memakai bedak kerana perpeluhan yang kuat akan hanya membuatkan bedak kelihatan comot. Begitu juga dengan sebarang krim muka. Biarpun selalu terpengaruh dengan iklan dan membeli bnayak produk, kesibukan seharian membuatkan tidak ada masa menepek semua itu.

Selepas mengamalkan ESP, perubahan dan teguran kawan-kawan membuatkan saya teruja dan semakin bersemangat. Sudah pastinya saya mencadangkan kepada kawan-kawan untuk memilih ESP Shaklee kegemaran ramai ini.

4. ESP menyuburkan dan membetulkan hormone.

Pengambilan ESP bersama Alfalfa membuatkan hormone kembali stabil. Setelah lama tidak datang period selepas bersalin, period kembali normal selepas 10 bulan. Ops, tersubur pula kan. Itu bermakna banyak kotoran di rahim yang tidak dapat keluar. Sememangnya saya sangat-sangat bersyukur diberi peluang mencuba ESP ini. Bila hormone kembali stabil ini, AWAS.. Anda sedang subur. Saya terlupa sesuatu. Alamak, no protection when make love. Nak tau keterujaan saya yang seterusnya?

5. ESP tidak memualkan ketika hamil.

Mungkin juga sibuk dengan urusan seharian saya yang membuatkan saya terlupa juga. Selepas datang period pada pertama kali selepas sepuluh bulan, memang teruja biarpun cuma empat hari. Mungkin permulaan kan. Bulan ke dua, saya tunggu bulan saya tak muncul. Bulan ke tiga juga masih tidak muncul.

Teruja? Pastinya teruja bila disahkan hamil tiga bulan. Berbeza dengan kelahiran sebelum ini, saya mengalami alahan yang sangat teruk, memang orang dah tau pembawaan budak. Tapi sejak mengamalkan Set Shaklee ini, takde alahan langsung. Malah tak perlu ke klinik untuk mengambil ubat angin.

Saya perasan perubahan bila saya tak boleh makan ayam. Seperti kandungan saya yang ke dua, saya tak makan ayam. Alahan memang tak ada langsung malah semakin cergas. Guest what? Masih lagi menyusukan Nur Humaira biarpun mengandung lagi. Minum ESP setiap pagi juga membuatkan saya tidak merasa morning sickness. 

Rupanya bila nutrisi cukup dalam badan membuatkan tidak merasa mual dan alahan yang teruk. mungkin setiap orang tak sama tapi alhamdulillah saya dah jumpa penyelesaian morning sickness saya.




Inila Shaklee Effect saya. Seronok rasanya bila alami sendiri kebaikan Energizing Soy Protein ini. Itula orang sudah kata, jangan kata tak suka sangat. Sekarang dah jadi kegemaran pula.

Anda ada masalah seperti di atas?

Nak dapatkan konsultansi lanjut dari saya?

WA sahaja di 016-3524104.

Salam sayang.
Sid 1025553

COD : Kuala Lumpur Sentral, Sri Damansara, Sekitar Kepong, Sungai Buloh dan sekitarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish