Punca Obesiti Di Kalangan Wanita Berpunca Daripada Air Bertakung Dalam Tubuh



Kebanyakan wanita tidak sedar salah satu punca obesiti mereka ialah air bertakung dalam badan. Masalah pegangan air dalam badan merupakan masalah yang dipengaruhi oleh hormon. Jadi, tidak hairanla jika masalah ini membuatkan wanita lebih terdedah berbanding lelaki.



Ini kerana wanita mempunyai hormon yang lebih banyak dan lebih sensitif kepada kandungan air. Ia juga mudah menyerang mereka yang mempunyai obesiti. Ini kerana mereka obesiti sememangnya mempunyai hormon yang tidak seimbang kerana obesiti itu sendiri telah merosakkan hormon.

Dari mana air ini muncul dan bagaimana terjadi begini? Water retention atau pegangan air dalam badan merujuk kepada masalah pengumpulan cecair yang terlampau dalam saluran daran dan di dalam tisu badan kite. 90 peratus air dalam tubuh kita berada dalam salur darah manakala 10 peratus lagi berada di dalam tisu tubuh kita.


Air membentuk darah kita, ia menjadi medium di mana oksigen dan zat makanan larut di dalamnya. Oksigen dan zat makanan ini kemudiannya dibawa ke seluruh kelenjar, tulang dan otot kita. Air diregulasikan oleh hormone bernama prostaglandin. Kehadiran prostaglandin banyak memberi pengaruh kepada buah pinggang di mana air diserap semula jika tubuh kekurangan air. Jika berlebihan pula akan dibuang menjadi air kencing.

Hormon yang mempengaruhi kehadiran air dalam sel progesterone, tiroid, kortisol dan insulin. Jika diperhatikan, hormone-hormon ini juga banyak terlibat dan dikatakan penyebab obesiti. Di dalam tubuh mereka yang obesiti,adakalanya mekanisma kawalan air menjadi rosak dan mereka mudah menjadi sembap.

Kelebihan progesterone biasanya menyebabkan air berkumul pada sel perut dan payudara. Payudara tersa bengkak dan sakit. Selain itu, air juga boleh berkumpul pada perut dan perut  semakin membesar lalu menjadi buncit seperti wanita hamil. Ini kerana hormon ini teribat secara langsung di dalam kehamilan.

Wajah Menjadi Bengkak Dan Bulat

Masalah kekurangan hormone tiroid menyebabkan pegangan air pada muka dan leher dan belakang tubuh. Sel-sel akan dipenuhi oleh cecair melekit yang menyerupai hyaluronic asid. Selain itu pengidap juga akan mudah dilanda stress dan keletihan. Oleh kerana kekungan tiroid boleh merosakkan fungsi jantung, maka biasanya pengidap akan berasa kurang senang dengan jantung yang berdebar-debar. Keadaan ini dinamakan Myexedema.

Kelebihan kortisol juga menyebabkan air terkumpul di dalam sel. Sel lemak akan menjadi bengkak. Belakang leher akan membonjol. Muka juga kelihatan bengkak dan bulat yang dinamakan moon face dalam bahasa perubatan. Kortisol seterusnya akan menurunkan paras insulin menjadikan seseorang mempunyai paras gula yang tinggi.

Insulin merupakan hormon yang paling banyak dikaitkan dengan obesiti.kajian terkini menunjukkan adalah benar sekali insulin yang membuatkan kita semakin gemuk kerana insulin menggalakkan pengumpulan lemak terutamanya pada perut dan merosakkan hormon yang lain secara tidak langsung mencetuskan pegangan air.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung, pegangan air dalam tubuh membuatkan kaki menjadi bengkak dan nafas menjadi semput jika air mula berkumpul di paru-paru.
Satu lagi organ tubuh yang memantau air dalam tubuh ialah buah pinggang. Kerosakkannya turut menjadikan air berkumpul terlalu banyak dalam tubuh. Keadaan ini merbahaya kerana kekotoran tidak dapat dikeluarkan dari darah menyebabkan sisa toksik berkumpul dalam badan.

Sebab lain menimbulkan masalah pengumpulan air begini ialah apabila seseorang mengalami kekurangan protein darah yang serius. Kekurangan seperti ini menyebabkan tekanan osmosis kurang dan air mula bergerak ke sel-sel menghasilkan tubuh yang sembap.

Kerosakan hati boleh menimbulkan keadaan keadaan sebegini kerana hati merupakan organ yang mensintesis protein. Kerosakan hati membuatkan protein darah menjadi kurang.
Sebab menarik yang membuatkan perut menjadi buncit ialah kehadiran histamine. Histamine merupakan bahan yang terhasil apabila berlakunya radang pada perut, makanan yang tidak sesuai atau kehadiran perasit.

 Apabila histamine keluar, sel-sel menjadi kembang dan perut menjadi buncit.
Rawatan yang terbaik ialah dengan mengenal pasti punca berlakunya water retention atau pegangan air dalam tubuh anda dan merawat punca tersebut. Bersenam , mengamalkan diet yang betul akan mengatasi masalah ini dan menjurus kehidupan yang lebih sihat. bagaimana dengan penganbilan vitamin untuk membantu masalah anda?

Azie akan ceritakan di slot yang lain yer. salam sayang.


Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish