Pengalaman Pertama Membawa Anak Menaiki Komuter Tanpa Kehadiran Suami


Assalamualaikum,

Hari Jumaat baru ni, kebetulan ada mendapat Whatsapp dari seorang pelanggan nak bertemu di Kuala Lumpur Sentral. Memang banyak entry Azie mengenai Kuala Lumpur Sentral kerana bekerja di sini sebelum ini. But I am Work At Home Mother now. Walau bagaimanapun Azie memang ada agent jugak di Kuala Lumpur Sentral tu. Cuma untuk 1st time meet with customer ni, baik jumpa sendiri untuk kenalpasti masalahnya.


sabar menunggu kehadiran komuter



Menjadi masalah jugak sebab tiga orang anak ni sapa nak jaga kan? Kadang-kadang bila terdesak memang Azie tinggalkan pada jiran tetapi ntah macam mana rasa tekad nak bawak diorang. Haziq enam tahun, Humaira empat tahun dan Naurah dua tahun setengah. Kebetulan pula anak jiran tu demam. Okla, tekad bawa diorang. Bila suami balik waktu rehat, beritahu hasrat tu. En suami ni biasanya agak berat tapi hari ni macam lembut hati. Anak-anak sememangnya teruja kerana ni Haziq dan Humaira pernah naik lrt sekali sehaja. Naurah belum pernah bawa lagi.

Nak jadikan cerita, suami hantar kami ke Stesen Komuter Kepong Sentral. Waktu beli tiket tak ramaipun. Pesan berulang kali juga kepada Haziq dan Humaira untuk sentiasa memegang baju ibu. Dalam komuter tidak terlalu ramai orang, jadi dapatla mereka duduk. Seronok Haziq dan Humaira melihat keluar komuter. Cuma Naurah nampak terpinga-pinga. Bila sudah sampai di platform, mereka semua berkelakuan baik.

dalam perjalanan ke kl sentral
Alhamdulillah dipermudahkan apabila pelanggan yang hendak ditemui sedang dalam perjalanan. Jadi tidak perlu menunggu lama dengan anak-anak. Nak mudahkan mereka duduk diam, bawak ke Restoran KFC. Orang agak ramai sebenarnya di Kuala Lumpur Sentral kerana ada cuti krismas pada hari ahad ni. Azie dah mula berdebar. Memang diorang semua teruja sangat bila sampai di Kuala Lumpur Sentral ni.

Dalam masa yang sama juga, Azie menghubungi seorang kawan yang bekerja berhampiran dan memintanya datang. Jadi beliau memantau anak-anak ketika berbual dengan pelanggan.
Kepentingan bertemu dengan pelanggan.


pelanggan set jerawat.
Bersama cik Zaa yang mendapat konsultansi jeragat


Sebelum ni Cik Zaa ni menghubungi Azie untuk membeli Vitamin C dan Vitamin E. setelah berbual barula tau yang Cik Zaa ada masalah jerawat dan kulit muka berminyak. Jadi Azie cadangkan Beliau memilih Caratomax dan Gla untuk membantu masalah jerawatnya. Vitamin E tidak sesuai untuk muka berjerawat jenis berminyak. Kenapa?

Vitamin E Shaklee akan merangsang pengeluaran kilang minyak lebih banyak. Sebagai agen antioksidan tinggi, jerawat akan keluar lebih banyak untuk mengeluarkan toksin. Walaupun itu kesan sementara sahaja, tetapi mungkin pelanggan akan risau. Jadi Azie akan ceritakan effect utama dahulu.
Gla complex pula berfungsi menstabilkan hormone.

 Jerawat biasanya akibat toksin berlebihan dan hormone tak stabil. Cik Zaa memberitahu yang beliau selalu mengalami period pain ketika datang period. Jadi memang terdapat dua masalah ini pada Cik Zaa. Memang perlukan Gla complex untuk stabilkan hormone dan seterusnya membaiki kulit.

Caratomax untuk kulit ? Vitamin A dapat membantu memulihkan dn menghilangkan parut jerawat. Ia juga mengelakkan lebihan pengeluaran sel di lapisan kulit di mana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit mati menutup pori-pori kulit.

Alhamdulillah Cik Zaa berpuas hati dengan penerangan dari Azie. Yang pastinya, Azie akan berikan konsultansi terbaik untuk pelanggan Azie.



berada di kawasan lapang di kl sentral, ibu berbual dengan aunty dulu.


Selepas keluar dari KFC, sempat bertemu dengan sahabat lama di sini. Puan Azimah. Waktu berbual di tempat lapang pulak, sempatla Haziq dan adik-adiknya berlari-lari. Pada Azie pula, janji mereka ada depan mata. Memang budak-budak tak boleh duduk diam kan. Jadi jangan sekat kemahuan mereka untuk lebih aktif. tapi kita pantau untuk tidak berlebihan.

Time to go back home. Nak beratur beli tiket balik memang panjang tapi Alhamduillah service cepat juga. Ramai yang membeli tiket kerana musim cuti memang selalunya ramai. Selepas pukul lima petang nanti, orang dari pejabat sekitar akan keluar. Jadi kami perlu cepat beredar. Alhamdulillah dapat membeli tiket sebelum jam lima petang.


perjalanan 3 anak kecil bersama ibu ke kl sentral
Odw balik, Naurah diam sebab mengantuk.


Lebih kurang sepuluh minit menunggu di platform, komuter ke Tanjung Malim datang. Orang belum terlalu ramai. Jadi keadaan masih selesa. Azie terus call suami untuk menunggu di Stesen Komuter Kepong. Tamatla perjalanan kami di sini. Senang hati dapat bekerja sambil anak-anak di depan mata kan.

Korang kalau nak buat sesuatu, niat yang baik- baik. jangan cuai juga. Inshaallah dipermudahkan.
Jumpa lagi yer. Nak dapatkan konsultansi berkesan? 

Jangan lupa hubungi Azie di 016-3524104.

Salam Sayang.

COD sekitar Kuala Lumpur Sentral, 



Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish