Cara Atasi Keputihan Atau Jangkitan Vagina Ketika Hamil


Jangkitan vagina ketika hamil biasanya dialami oleh hampir 80 peratus ibu hamil. Jangan pandang remeh jika anda mengalami kegatalan vagina ketika hamil. Itu mungkin petanda awal anda perlu bersalin secara caesarean. Wanita hamil biasanya akan mengalami masalah lelehan atau discaj di bahagian vagina lebih banyak daripada biasa.

cara atasi keputihan

Golongan ini biasanya boleh mendapat jangkitan vagina disebabkan perubahan hormone yang dialami. Walau bagaimanapun jika lelehan yang dialami tidak terlalu banyak, berbau atau berwarna kehijauan. Ia biasanya merupakan sesuatu yang normal sewaktu hamil. Antara jenis-jenis jangkitan alat kelamin termasuklah :

1. Jangkitan Kulat


Biasanya jangkitan ini disebabkan oleh kulat species candida yang boleh menyebabkan seseorang wanita itu mengalami lelehan di vagina yang menyerupai susu. Dengan kehadiran kulat ini, wanita terbabit akan berasa gatal di bahagian kemaluannya. Biarpun begitu, jangkitan kulat ini tidak akan menyebabkan apa-apa masalah kepada bayi dalam kandungan.


2. Jangkitan Bacterial Vaginosis


Ini adalah satu lagi jenis jangkitan vagina yang sering dialami kepada wanita hamil. Dalam keadaan begini, berlaku ketidakseimbangan bakteria dalam vagina iaitu terdapat terlalu banyak bakteria tidak baik berbanding dengan bakteria baik iaitu lactobasilus.

Wanita hamil  yang mengalami jangkitan ini biasanya akan mendapati lelehan berbau hanyir seperti ikan. Penting untuk anda tau, jangkitan ini berupaya menyebabkan air ketuban pecah sebelum bayi matang. Maka, adalah penting untuk jangkitan ini dirawat bagi mengelakkan kelahiran pra matang yang seterusnya menjurus kepada risiko kelahiran secara caesarean.

3. Jangkitan Trichomonas


Jangkitan ini melibatkan sejenis parasite yang dipindahkan melalui hubungan intim. Wanita hamil yang mengalami jangkitan ini berkemungkinan mengeluh kerana lelehan yang keluar dari vagina berwarna kuning kehijauan yang menimbulkan rasa gatal . selain itu, wanita berkenaan juga akan merasa sakit apabila ‘bersama’ suami mahupun ketika membuang air kecil.

4. jangkitan Bakteria Streptococcus Group B


Jangkitan vagina yang disebabkan oleh bakteria streptococcus Group B boleh mendatangkan mudarat kepada bayi jika jangkitan itu masih ada di saat-saat kelahiran. Bakteria yang turut dikenali sebagai GBS ini biasanya dikesan berada dalam vagina 15 peratus wanita hamil.

Biarpun begitu, bakteria ini tidak meninggalkan kesan buruk kepada mereka tetapi kesan ke atas bayi adalah sangat membahaya. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan serius pada bahagian paru-paru, otak dan septesemia bayi. Oleh itu, wanita in perlu dirawat menggunakan antibiotic yang sewajarnya sewaktu kelahiran.

5. Jangkitan Hermes


Sekiranya seorang wanita itu hampir bersalin dan pada masa yang sama mengalami jangkitan virus Hermes, wanita berkenaan tidak boleh melahirkan bayinya secara normal dan perlu menjalani pembedahan Caeserean. Ini kerana virus yang aktif ini boleh menyebabkan mudarat yang teruk kepada bayi.

Namun begitu, sekiranya jangkitan-jangkitan lain yang dialami seperti kulat, bacterial vaginosis dan trichomonas, wanita terlibat masih boleh bersalin secara normal setelah dirawat menggunakan ubat sewajarnya.

Kebiasaannya jangkitan-jangkitan yang dinyatakan terjadi kepada wanita hamil disebabkan perubahan hormone. Selain itu, memakai pakaian ketat, masalah kencing manis sewaktu hamil dan melakukan hubungan intim dengan pasangan yang mengalami jangkitan akan menyebabkan keadaan ini bertambah teruk.

Rawatan yang boleh diberikan kepada wanita hamil biasanya cuma antibiotic.

Panduan Jaga Alat Kelamin

1. Bersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil dan besar. Seelok-eloknya menggunakan air.

2. Elak daripada sering mengamalkan douching (memasukkan jari atau memancutkan air ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahgian dalam faraj). Perbuatan ini akan menyingkirkan bakteria lactobacilli dari faraj di samping mendedahkannya dan bahagian kulit luar kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi kulit.

3. Elakkan menggunakan sabun atau gel pewangi pada alat kelamin kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan kegatalan. Kebanyakan sabun dan pewangi mempunyai kimia yang tinggi pada penggunaan pewangi dan pewarnanya.

4. Pasangan suami isteri disyorkan untuk membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optimum.

5. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (URTI).

6. Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak dengan subur.

7. Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, pakai panty liner supaya tidak melekat pada pakaian dalam dan menyebabkan ketidakselesaan.

Vitamin penting membantu dalam jangkitan kulat atau keputihan ini iaitu Garlic. Manakala Vitamin C Sustained pula bertindak sebagai memberikan perlindungan dan imunisasi.


cara atasi keputihan


Vitamin antibiotik - Garlic

Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas. Bezanya Garlic Shaklee dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik untuk memastikan pengekalan 100% Allicin Aktif ( tidak semua tablet garlic mengandungi Allicin aktif).

Garlic merupakan antibotik semula jadi yang selamat. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk meningkatkan sistem imun tubuh. Menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, alaergik, astma, virus dan yis candida.

Ia juga mencegah kanser. Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan pencetusan kejadian kanser – Nitrosamine.

Garlic mengandungi agent detoksifikasi yang mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas.


Vitamin antibodi - Vitamin C Sustained

Sustained vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah. Ujian klinikal telah membuktikan 2 biji vitamin C Shaklee ia mampu kekal 24 jam di dalam darah . Kandungan bioflavonoid pula melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Peningkatan sistem imun dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imuniti dan mengurangkan jangkitan kuman dan kulat.



Pencuci Kewanitaan - Basic H


Kebanyakan bahan pencuci mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam tubuh melalui kulit atau sistem penafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormone. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Pekatan Basic H tidak mengandungi bahan di atas, mahupun bahan berbahaya lain. Pencuci ini berasaskan dari tumbuhan iaitu jagung dan kelapa.

Selain itu, ia tidak mengandungi fosfat dan dibungkus dalam botol yang boleh dikitar semula. Basic H tidak mempunyai bahan pewarna dan selamat untuk sistem septik dan pembetungan.

Adakah penerangan di atas membantu anda? Ingin bertanya lebih lanjut? 


Nak dapatkan Set perlindungan keputihan ini secara pembelian kad debit /kredit ? klik sini.

Atau boleh hubungi Azie di 016-3524104.

Salam sayang.

Aziah Abdul Ghani
Sid 1025553
Pengedar Shaklee Kuala Lumpur Sentral, Sri Damansara, Kepong, Sungai Buloh dan kawasan sekitarnya.



Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish