Work At Home – Kisah Penyambut Tetamu Anak Tiga

Work At Home – Kisah Penyambut Tetamu Anak Tiga

Assalamualaikum, Salam sayang semua.

Azie nak ceritakan sedikit kisah masyarakat di Kuala Lumpur ni. Belanja di kota besar ni sememangnya tinggi. Kerja untuk dapatkan belanja sahaja tanpa apa-apa simpanan. Macam Azie sendiri mempunyai 3 orang anak dan bekerja sebagai customer service di salah sebuah syarikat di sini. Suami bertugas sebagai juruteknik bangunan.


Apabila suami isteri bekerja, pastinya kami membahagikan belanjawan. Azie sukarela bantu untuk membayar duit pengasuh anak. Azie sendiri bergaji tidak sampai RM2000.00, sebelum ditolak EPF. Lebih kurang RM1700 sahaja. Nak kira perbelanjaan sebulan Azie?

1.Bayar anak – RM800.00 ( jika terlewat ambil dari taska tambah lagi rm15 sehari)

2. Belanja tambang komuter + bas ke tempat kerja - RM7 sehari (RM140 sebulan)

3. Belanja makan di pejabat – RM20 sehari (RM400 sebulan)

4. Loan ASB – RM170 sebulan

Jadi baki gaji Cuma tinggal RM190 lebih kurang di tangan. Belanja rumah yang lain terletak di bahu suami. Jadi bayangkan memang kehidupan berada di Kuala Lumpur ni sangat mencabar ekonominya. Walaupun duit gaji berbaki RM360, Azie masih nak menyimpan dengan loan ASB kerana itu saja cara yang boleh buat simpanan buat masa ini.

Sebab itu jugak Azie bergiat aktif dalam Shaklee, memang nak cari belanja. Nak cari duit simpanan lebih. Balik kampung pastinya akan hulur pada mak jugak belanja dapur.

Azie ni suka berniaga, boleh cakap perniagaan apa yang untung, perniagaan apa yang boleh buat duit. Mesti Azie nak join jugak. Secara tak sengaja Azie menggunakan Set Penyusuan Shaklee dan mendengar plan perniagaan Shaklee. Mula berminat nak buat bisnes Shaklee ni.

Azie bergiat cergas bermula awal tahun 2016 ni kerana berfikir yang kerja Azie sekarang tak menjamin masa depan yang lebih baik. nampaknya memang benar kerana pada 30.11.2016 Azie ditamatkan kontrak kerja. Bayangkan zaman gawat ni, boleh dibuang kerja. Mujur ada kerja dengan Shakleeyang buatkan Azie tak risau sangat.


Korang rasa banyak ke untung dengan Shaklee ni? Dah ramai orang yang berniaga Shaklee ni tapi takat tu jer? Alhamdulillah, sejak Azie bergelas supervisor pada bulan Ogos baru ni, bonus pertama yang mencecah RM2000. Sebelum ni bonus ada tapi tidak mencecah seribu ringgitpun. Pastinya ia membawa makna yang besar kepada Azie dan keluarga. Di bawah ini merupakan tangga bonus Shaklee lebih kurang setahun.

purata bonus setahun tapi ramai yang boleh capai sebulan.

Ia benar-benar merubah nasib keluarga.
Ramai yang tidak yakin dengan Shaklee tetapi sememangnya Shaklee menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi apabila kita membuat lebih banyak pembelian. Bagaimana nak buat lebih banyak pembelian ni? Mungkin agak sukar kita nak dapatkan juga jualan yang agaktinggi dengan modal barnag yang agak tinggi. Kesemuanya diajar oleh mentor dan upline anda. Jangan risau.

Yang pentingnya juga, ada kesungguhan untuk membina perniagaan anda. Bagaimana dengan Azie sendiri? Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan bergelas supervisor dalam Shaklee, income bulanan sudah meningkat kepada rm3000++. Siapa nak bagi kan?

bersama team ultimate Family.


Sebab itu juga Azie berminat ingin mencari pelapis bisnes ini. Ada yang berminat nak mengubah nasib seperti Azie?

Jangan malu-malu nak whatsapp ke 016-3524104.

Salam sayang.


Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish